web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Berjalan Baik - Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 1:31PM

Muhyiddin bercakap kepada pemberita selepas melawat Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah pemberian vaksin harian yang tinggi membuktikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dimulakan pada 24 Feb lepas berjalan dengan baik, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Alhamdulillah vaksinasi sudah meningkat… semalam lebih 156,000 orang (terima suntikan vaksin) dan ia akan meningkat sampai 200,000 ke 250,000 pada Julai dan seterusnya 300,00 hingga 400,000 sehari.

“Ini membuktikan program imunisasi berjalan dengan baik dan yang penting kita nak lebih ramai mendaftar dengan MySejahtera ini (untuk mendapatkan suntikan vaksin).

“Tidak perlu bimbang dan takut kerana terbukti, dengan vaksin kita ada perlindungan atau antibodi bagi menjauhkan kita daripada wabak COVID-19,” kata beliau.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia dan meninjau pusat pemberian vaksin secara pandu lalu Hospital Canselor Tuanku Muhriz di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Muhyiddin berkata kerajaan memberi jaminan setiap rakyat yang layak mendapat suntikan vaksin akan menerimanya bagi mencapai sasaran imuniti kelompok sebelum akhir tahun ini seterusnya  memastikan keadaan negara termasuk sistem kesihatan bertambah baik selain ekonomi terus pulih.

“Sebab itu kita tambah Pusat Pemberian Vaksin sehingga 600, unit bergerak dan pandu lalu, kita pergi ke luar bandar supaya tiada rakyat yang patut dapat vaksin tertinggal.

“Ada sesetengah tempat ada Orang Kurang Upaya, kita pergi ke kawasan mereka untuk (mudahkan mereka) dapat rawatan dan langkah yang kita ambil ini adalah secara holistik iaitu ‘whole of society, whole of government’ bagi menentukan kita berjaya memerangi wabak COVID-19,” kata beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata penguatkuasaan Ordinan Darurat bagi membendung penularan wabak COVID-19 berjaya memastikan sistem kesihatan di negara ini tidak runtuh.

Perdana menteri berkata menerusi ordinan itu, Kementerian Kesihatan boleh menggunakan peruntukan yang ada untuk mengambil alih dan menggunakan mana-mana hospital termasuk swasta bagi dijadikan hospital khusus merawat pesakit COVID-19.

“Alhamdulillah, sejak awal sampai sekarang kerana ada bantuan-bantuan daripada kerajaan untuk membiayai pelbagai kemudahan dan peruntukan di bawah Ordinan Darurat, sistem kesihatan kita masih boleh berdiri, tidak runtuh.

“Strategi kerajaan ambil hospital ini adalah untuk menentukan apa sahaja permasalahan kes-kes berkaitan dengan COVID-19 dapat diuruskan dengan baik dan sempurna,” katanya yang menyifat pengambilan Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM) sebagai hospital COVID-19 sebagai contoh.

Sementara itu, Pengarah HPKK UKM Prof Dr Syed Zulkifli Syed Zakaria berkata hospital itu dijangka mula menerima pesakit COVID-19 Selasa depan. 

Pada 22 Mei lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya akan menggunakan Ordinan Darurat untuk mengambil alih dua hospital baharu yang belum digunakan lagi bagi merawat pesakit COVID-19 iaitu Hospital Cyberjaya dan HPKK UKM.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 12 Jan lepas memberi perkenan perisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos ini sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

4

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 5 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 6 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad