web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia, UAE Setuju Tingkatkan Kerjasama Lonjakkan Peluang Ekonomi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2021 8:21AM

Hishammuddin Tun Hussein - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersetuju untuk meningkatkan kerjasama, khususnya dalam merangsang peluang ekonomi memandangkan kedua-dua negara menumpukan kepada pemulihan ekonomi yang kukuh dan berdaya tahan selepas berakhirnya pandemik COVID-19.

Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa UAE Sheikh Abdullah bin Zayed mengadakan pertemuan yang konstruktif dan produktif semalam, dan kedua-dua menteri berpuas hati dengan kedudukan hubungan dua hala semasa di antara kedua-dua negara.

“Dalam konteks ini, kedua-dua menteri berbincang tentang inisiatif penting di bawah empat bidang utama kerjasama dalam era selepas pandemik, iaitu perdagangan dan pelaburan; pertanian dan keselamatan makanan; kesihatan; dan pertukaran diplomatik,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kementerian, lawatan kerja itu menyediakan dorongan baharu ke arah hubungan yang lebih kukuh dan mesra di antara Malaysia dan UAE, di samping menjadi antara rakan dagangan utama Malaysia dengan nilai keseluruhan perdagangan di antara kedua-dua negara berjumlah US$6.43 bilion pada 2019.

UAE juga merupakan destinasi eksport terbesar Malaysia dan sumber import kedua terbesar di wilayah Asia Barat, kata kementerian itu.

Menurut kenyataan itu, berikutan kedudukannya yang  strategik di Asia Tenggara, Malaysia komited menjadi pintu gerbang kepada UAE memasuki pasaran Asia Tenggara yang mempunyai populasi sekitar 650 juta orang.

Hishammuddin kembali ke tanah air pada 9 Feb (hari ini) dan akan menjalani kuarantin wajib sebagai mematuhi prosedur operasi standard COVID-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, kata kementerian itu.- Bernama 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka