web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Menurun, 2 PKRC Henti Terima Pesakit Baharu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2021 6:02PM

Dr. Mohd Zurairie (kanan) meninjau PKRC Kampus USM, Kubang Kerian, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Dua Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisikio Rendah (PKRC) menghentikan penerimaan pesakit susulan kes yang semakin berkurangan di Kelantan.

Pengarah PKRC negeri, Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir berkata, jumlah pesakit di 16 PKRC yang ada ketika ini berada pada kadar purata antara 60 hingga 70 peratus.

Katanya, semua PKRC berkenaan masih menempatkan 1,330 pesakit dengan  jumlah keseluruhan 2,930 katil.

“Kita masih ada baki 1,500 katil yang mampu menampung keperluan semua pesakit buat masa ini.

“Pada masa sama, PKRC Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut di Tumpat dan PKRC SMK Salor, di sini tidak lagi menerima kemasukan pesakit baharu bermula hari ini,” katanya sejurus selepas lawatan ke PKRC Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.

Dr Mohd Zurairie berkata, kedua-dua PKRC terbabit ketika ini hanya merawat 200 pesakit sedia yang masih perlu menghabiskan tempoh kuarantin masing-masing.

"Sebaik semua pesakit tamat menjalani kuarantin, PKRC berkenaan akan diletakkan dalam keadaan bersedia atau ‘standby mode’ memandangkan ia tidak boleh ditutup kerana tidak tahu keadaan pada masa akan datang," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, penutupan PKRC hanya akan diputuskan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin selepas mengambil kira beberapa faktor, termasuk penurunan kes.

"Serentak dengan penurunan kes, petugas di PKRC Kampung Laut dan PKRC SMK Salor akan dipindahkan ke premis lain, termasuk PKRC Tanjong Chat, Pengkalan Chepa.

“Mobilisasi kakitangan ini adalah bagi membantu petugas lain merawat pesakit terutama bagi kategori tiga dan empat yang memerlukan rawatan rapi," katanya.

Dalam perkembangan lain Dr Mohd Zurairie berkata, pesakit COVID-19 yang terpaksa membawa bayi atau anak kecil akan diletakkan di bilik isolasi atau pengasingan di Kolej Kejururawatan Kota Bharu dan Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.

"Bilik ini dapat memastikan bayi atau anak kecil yang tidak dijangkiti COVID-19 berada dalam keadaan lebih selamat kerana hanya berada bersama ibu bapa atau penjaga,” katanya. – Getaran, 14 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 8 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan