web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Remaja Direman 3 Hari, Dikompaun RM3,000 Bersiar-siar Ketika PKP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2021 6:22PM

Kenderaan pacuan empat roda yang digunakan tiga remaja lelaki ketika keluar bersiar - siar dan cuba melarikan diri dari SJR di Jalan Bukit Baru-Duyong.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Tindakan tiga remaja lelaki yang kononnya ingin keluar bersiar- siar membawa padah apabila masing- masing direman selama tiga hari dan dikompaun RM3,000 setiap seorang.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner (ACP) Afzanizar Ahmad berkata, tiga remaja lelaki itu yang menaiki sebuah pacuan empat roda dikesan pihaknya kira- kira jam 6.30 petang ketika cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Bukit Baru- Duyong, kelmarin.

Beliau berkata, pemandu kenderaan yang berusia 15 tahun cuba membuat pusingan U sebaik menyedari terdapat SJR, sehingga mendatangkan kecurigaan kepada anggota polis bertugas.

"Polis kemudian cuba mengejar kenderaan itu sehingga ke Kampung Balik Bukit, Bukit Larang sebelum Mitsubishi Triton itu berhenti di hadapan sebuah rumah.

''Siasatan mendapati mereka berusia antara 15 dan 16 tahun serta masih bersekolah, manakala pemandu terbabit tidak memiliki lesen memandu,'' katanya.

Afzanizar berkata, kesemua remaja terbabit mengaku keluar bersiar-siar dan melarikan diri daripada melalui SJR kerana takut disaman.

''Kenderaan itu juga dipandu tanpa kebenaran pemilik, iaitu bapa saudara kepada pemandu,'' katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, ketiga- tiga remaja itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186/307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Selain itu masing- masing juga dikenakan kompaun mengikut Peraturan 4(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (LDKTJ) 2021 dan Peraturan 16 peraturan yang sama.

"Pemilik kenderaan pula dikompaun mengikut Seksyen 26(1) B APJ 1987 kerana membenarkan ia dipandu oleh individu tidak berlesen,'' katanya. - Getaran, 14 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 8 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan