web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwaan RELA Daftar Anggota Tanpa Kebenaran Tidak Benar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 12:07PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menafikan dakwaan yang mereka menggunakan data peribadi seseorang untuk didaftarkan sebagai anggotanya secara automatik, tanpa mendapat kebenaran individu itu.

RELA dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya tidak akan membuat perkara itu kerana perbuatan itu bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di bawah Seksyen 6(1), Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

“RELA maklum akan kegusaran orang ramai dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjalankan siasatan dalaman, bagi mengenal pasti tatacara pendaftaran keanggotaan yang dilaksanakan sebelum Akta 752 (Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia) berkuat kuasa.

“RELA tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak atau individu, yang secara sengaja memproses atau menggunakan data peribadi seseorang bagi tujuan tertentu, tanpa mendapat kebenaran individu terbabit,” kata kenyataan itu.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai dakwaan beberapa individu mendapati maklumat peribadi mereka didaftarkan sebagai anggota RELA secara automatik, di dalam sistem MyRELA.

Sehubungan itu, bagi mereka yang mendapati telah didaftarkan sebagai anggota RELA dan ingin menamatkan keanggotaan, boleh menghubungi talian 03-8870 3770 dan emel ke pro_rela@moha.gov.my untuk membatalkan keanggotaannya.

Menerusi kenyataan sama, RELA turut memaklumkan jabatan itu dalam usaha melaksanakan program pemutihan keanggotaan, di mana anggota yang tidak aktif dan telah mencapai tempoh lima tahun akan ditamatkan keanggotaan.

Bagaimanapun, program pemutihan keanggotaan berdasarkan Seksyen 9 Akta itu digantung sementara, memandangkan RELA sedang menumpukan usaha untuk melawan wabak COVID-19.

“Bagi anggota yang masih berminat untuk menyambung keanggotaan, boleh berbuat demikian dengan memaklumkan secara bertulis kepada Ketua Pengarah RELA,” menurut kenyataan itu lagi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

PADU Rekod Lebih 10 Juta Pendaftaran - Rafizi

2

Semasa 6 bulan yang lalu

302 Pegawai, Anggota Polis Dipecat Sejak 2022 Hingga Februari 2024

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Elak Daftar Padu Saat Akhir, Sistem Akan Sesak - Ketua Perangkawan

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Lebih Sejuta Sudah Mendaftar Dengan PADU - Rafizi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 10 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan