web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


302 Pegawai, Anggota Polis Dipecat Sejak 2022 Hingga Februari 2024

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2024 4:33PM

Dr Shamsul Anuar Nasarah - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 302 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuang kerja kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan bagi tempoh 2022 hingga Februari lepas, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai serta anggota yang melanggar peraturan dan undang-undang.

"Kita ada Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) dan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC). PDRM serius dalam memastikan pegawai dan anggota mempunyai disiplin dan tahap integriti yang tinggi.

"Pegawai dan anggota yang didapati melakukan kesalahan tertakluk kepada proses tatatertib dan undang-undang yang ada. Semua keputusan dan hukuman yang diambil berasaskan kepada fakta-fakta kes oleh Lembaga Tatatertib PDRM dan Kementerian Dalam Negeri," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Ti Lian Ker mengenai jumlah anggota PDRM dipecat setelah didapati bersalah dalam kes-kes berat seperti membunuh, merogol atau melindungi kegiatan haram.

Menjawab soalan asal Lian Ker mengenai bentuk penambahbaikan semakan bagi modul pengambilan anggota dan pegawai baharu PDRM, Shamsul Anuar berkata, PDRM melaksanakan beberapa penambahbaikan antaranya memperkenalkan modul integriti yang mengandungi silibus pengurusan integriti, etika dan rasuah serta silibus pendidikan Islam dan pendidikan moral.

Penambahbaikan lain turut meliputi aspek mewajibkan pemohon untuk menduduki Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen PDRM sebelum proses temu duga dan tapisan keselamatan seperti yang telah ditetapkan di dalam PTKPN yang berkuat kuasa 15 Jun 2023. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang