web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Marah Kekasih Berubah Hati, Lelaki Bakar Tafsir Al-Quran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 1:20PM

Serpihan tafsir yang hangus dibakar.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG TERAP - Dek kerana marahkan kekasih, seorang lelaki bertindak biadab dengan membakar naskhah tafsir Al-Quran di belakang sebuah tandas awam, berhampiran Bangunan Tabung Haji dekat Pekan Kuala Nerang, di sini, semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan awal mendapati lelaki bukan Islam itu bertindak demikian setelah kecewa kerana kekasihnya berubah hati.

Menurut beliau, insiden tersebut berlaku di sebuah kawasan terbuka, berhadapan rumah kedai dimiliki suspek.

“Naskhah tafsir Al-Quran itu dipercayai dihadiahkan wanita terbabit, yang juga seorang Islam, ketika mereka masih menjalinkan hubungan.

“Tinjauan pihak polis mendapati kawasan tersebut tidak mempunyai kamera litar tertutup. Suspek bagaimanapun mendakwa dia tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti agama,” katanya.

Empat klip video memaparkan insiden berkenaan tular di media sosial hari ini, termasuk rakaman seorang individu menyelak helaian naskhah yang sedang terbakar menggunakan sebatang besi panjang.

Kejadian dipercayai berlaku malam tadi namun polis hanya menerima laporan mengenainya dari seorang lelaki kira-kira pukul 12.25 pagi tadi.

Kamarul Zaman menambah, pihaknya turut merampas dua telefon bimbit, pemetik api serta selipar yang dipercayai digunakan suspek ketika melakukan perbuatan itu bagi membantu siasatan,” katanya.

“Sisa tafsir al-Quran itu turut diambil untuk tujuan sama. Buat masa ini suspek sudah direman dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 435 dan 295 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dalam melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu gugat keamanan dan memudaratkan ketenteraman awam,” katanya. - Getaran, 15 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki