web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tun Arifin Dipanggil Menghadap Agong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 3:06PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021, Tun Arifin Zakaria telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini.

Menurut Astro Awani, Arifin kelihatan di Pintu 2 Istana Negara sekitar pukul 10 pagi tadi sebelum meninggalkan premis terbabit pada pukul 12 tengah hari.

Sepanjang minggu lalu, pemimpin tertinggi parti-parti politik negara telah menghadap Agong.

Difahamkan antara perkara yang telah dibincangkan semasa sesi tersebut adalah berkenaan isu keadaan semasa negara yang dibelenggu pandemik COVID-19.

Esok, Yang di-Pertuan Agong akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 diwujudkan menerusi Seksyen 2 Ordinan Darurat (2021). Ia dibarisi oleh ahli-ahli dari sektor undang-undang, keselamatan, politik, kesihatan, perdagangan dan akademik.

Antara mereka yang menjadi ahli jawatankuasa tersebut adalah: bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Samsudin Osman; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai; pakar jantung, Tan Sri Dr Yahya Awang; Pengerusi Sunsuria Bhd, Tan Sri Ter Leong Yap; Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin; Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim; Setiausaha-Agung PKR,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. - Getaran, 15 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

2

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

3

Politik 5 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 9 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 10 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad