web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


APMM Kenal Pasti 33 Lokasi Panas Jenayah Penyeludupan Migran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2021 8:08AM

Anggota APMM memantau perairan negara pada 5 Mei. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengenal pasti 33 lokasi panas kegiatan jenayah penyeludupan migran di lapan negeri di seluruh negara, kata Timbalan Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim APMM Kepten Ahmad Faridi Ferdaus.

Ahmad Faridi berkata lokasi-lokasi terbabit bukan sahaja dijadikan kawasan kegiatan penyeludupan migran bahkan sebagai pintu penyeludupan dadah.

“Antara lokasi berkenaan melibatkan Sungai Kisap, Sungai Kilim dan Perairan Sungai Nyor Setali di Langkawi, Kedah dan Sungai Kuala Perlis dan Pantai Batu Putih-Sungai Padang di Perlis.

“Di Perak, titik panas itu dijumpai di Telok Muroh-Lekir dan Hutang Melintang. Di Selangor pula membabitkan Kuala Selangor-Kapar, Pulau Ketam, Sungai Lima, Kuala Langat dan Sepang,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam ini.

Beliau berkata di Negeri Sembilan, sejumlah enam titik panas dikenal pasti iaitu Tanjung Selamat, Pantai Telok Pelandok, Pulau Bagan Pinang, Bagan Lalang, Port Dickson dan Sungai Lukut manakala di Melaka membabitkan Kampung Tengah, Pulau Konet, Tanjung Kling, Pantai (ALAM) dan Padang Temu-Umbai.

Ahmad Faridi berkata titik panas di Johor termasuk Sungai Muar, Parit Jawa, Sarang Buaya, Pantai Perpat, Kukup dan Tanjung Adang manakala di Sabah membabitkan Perairan Felda Sahabat, Daratan Kertam Kinabatangan, Perairan Pulau Bodgaya dan Perairan Tambisan-Daratan Merabung-Pulau Pompom.

“Lokasi-lokasi ini antaranya menjadi tumpuan berikutan keadaan kawasan itu yang dirasakan selesa serta mudah bagi tekong bot yang membawa migran untuk mendarat.

Mereka juga boleh membawa barangan lain seperti dadah dan sebagainya sekali gus mengundang kepada permasalahan jenayah lain,” katanya.

Sehubungan itu katanya, pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Imigresen dan Tentera Laut Diraja Malaysia memberi tumpuan dan sentiasa memantau lokasi-lokasi terbabit bagi mencegah kegiatan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

3

Semasa 4 bulan yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Malaysia Perlu Tegas Tangani Isu Imigran

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 9 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 10 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad