web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Masyarakat Cina Di Kuching Buat Persiapan Sederhana Untuk Sambutan Tahun Baharu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2021 9:00PM

Kumpulan tarian Singa dan tarian Naga yang ada di negeri ini dijangka secara tidak langsung akan hilang sumber pendapatan sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina ini berikutan larangan untuk mengadakan sebarang persembahan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Masyarakat Cina di Kuching rata-rata membuat persiapan ringkas untuk menyambut Tahun Baharu Cina Jumaat ini secara sederhana berikutan negara masih memerangi wabak COVID-19 yang sering mencatat kes empat angka pada masa ini.

Tinjauan Bernama mendapati suasana membeli-belah di beberapa pasar raya di sekitar bandar raya ini tidak serancak tahun-tahun sebelumnya, sambil mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal bagi mengawal penularan virus itu.

Karen Kuek, 34, berkata keluarganya akan mengadakan sambutan serba ringkas sahaja memandangkan kedua-dua abangnya masing-masing bekerja di Kuala Lumpur dan Singapura tidak dapat pulang ke sini tahun ini berikutan larangan rentas negeri.

“Nampaknya hanya saya, ayah dan ibu akan menyambut Tahun Baharu Cina kali ini dengan mengadakan makan malam stimbot, kami juga tidak akan ke tokong untuk bersembahyang, sementara pada hari pertama sambutan kami hanya akan menziarahi rumah nenek di sini sahaja,” katanya kepada Bernama hari ini.

Kuek berkata rumahnya juga dihias serba ringkas dengan hiasan biasa dan beliau tidak membeli begitu banyak kuih-muih memandangkan tidak menjangkakan kedatangan sebarang tetamu pada perayaan kali ini.

Bagi Quennie Huwang, 48, tahun ini beliau hanya membeli keperluan makanan dan minuman untuk majlis makan besar sekeluarga dan tidak bercadang untuk membeli pakaian baharu untuk dirinya, suami dan anak-anak kerana hanya menyambut di rumah sahaja.

Selain persiapan sederhana, masyarakat Cina juga sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman dan berkumpul bersama ahli keluarga dan sanak saudara yang lain pada sambutan Tahun Baharu Cina kali ini dan perlu menyambutnya dalam norma baharu.

Seorang pengusaha kedai ubat-ubatan Adam Ling Siong Kang, 50, berkata tahun ini merupakan kali pertama beliau tidak dapat pulang ke kampung halamannya di Sibu yang kini berstatus zon merah.

“Kami akan menyambut di sini (Kuching) secara kecil-kecilan di rumah sahaja,” katanya.

Penjual buah-buahan Jon Chong, 45, pula tidak terlintas langsung di fikirannya untuk menyambut Tahun Baharu Cina secara besar-besaran memandangkan pandemik COVID-19 yang belum reda dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kuching.

“Lebih baik kita tidak menyambut secara besar-besaran dalam keadaan sekarang dan mengelak berkunjung ke rumah keluarga dan rakan memandangkan virus ini sangat berbahaya, persiapan pun ala kadar sahaja,” katanya. - Bernama
 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

HAWANA 2024 Bermula, Media Meriah Berkampung Di Kuching

2

Semasa 1 bulan yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

3

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Resipi Mentua Rahsia Usahawan Wanita Raih Pendapatan Enam Angka

4

Selera 3 bulan yang lalu

Selera Peranakan Baba Nyonya Di Bumi Kenyalang

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Kontroversi MFL: Sultan Sharafuddin Belum Perkenan Permohonan Menghadap FAM

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri

Politik 1 hari yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri

Semasa 4 jam yang lalu

3 Maut, 4 Parah Traktor Pekerja Ladang Jatuh Gaung