web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pukul Anak Hingga Cedera, Usahawan Kosmetik Dan Suami Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2021 9:12PM

Usahawan dan suaminya ditahan selepas menyerah diri di IPD Pasir Mas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang usahawan kosmetik bersama suaminya ditahan polis semalam, selepas disyaki memukul anak perempuan mereka, yang kemudian bertindak memuat naik status di aplikasi WhatsApp.

Pasangan berusia 33 tahun itu ditahan pada jam 9.40 malam, selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.

Mereka ditahan selepas remaja berusia 16 tahun itu membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada anak perempuan kepada usahawan kosmetik yang mendakwa dipukul dan ditampar oleh ibu serta bapa tirinya.

Katanya, kejadian jam 4.30 petang kelmarin itu berlaku di rumah mereka di Kampung Pauh, di sini.

“Mangsa yang berusia 16 tahun turut mendakwa hampir dipukul dengan menggunakan kayu hoki, namun dia sempat melarikan diri sebelum membuat laporan polis.

“Mangsa mendakwa turut dipukul dengan telefon bimbit hingga mengalami kecederaan di kepala,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Nasaruddin berkata, susulan penahanan suami isteri itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebatang kayu hoki.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku selepas pasangan suami isteri berkenaan tidak berpuas hati dengan status yang dimuat naik remaja berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp.

“Mangsa dikatakan memuat naik status di WhatsApp kerana tidak berpuas hati apabila ibunya mengungkit mengenai harta.

“Semakan polis mendapati status yang dimuat naik oleh remaja berkenaan di aplikasi WhatsApp bagaimanapun sudah dipadamkan,” katanya.

Beliau berkata, pasangan berkenaan mengaku memukul mangsa dengan menggunakan tangan kerana marah dengan status remaja berkenaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 324 dan 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Bulan lalu, usahawan kosmetik wanita itu berdepan siasatan selepas videonya yang mendakwa tidak solat serta tidak pandai mengambil wudhuk tular di aplikasi WhatsApp dan media sosial Facebook hingga menimbulkan kemarahan orang ramai. - Getaran, 16 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 9 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan