web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kluster Dah Mahsuri, Hati Luluh Terima Berita Pemergian Rakan-Rakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2021 7:42AM

Megat Hanif (kanan) bersama isteri, Che Asiah dan anak mereka, Wan Hanisah yang turut positif COVID-19, beberapa minggu lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - "Tak tahu nak cakap macam mana setiap kali mendengar khabar kematian rakan-rakan. Sedih sangat rasanya.'' 

Itu pengakuan pasangan suami isteri, Megat Hanif Hassan, 64, dan Che Asiah Omar, 64, apabila ditanya perasaan mereka setiap kali mendapat tahu mengenai 'pemergian' satu demi satu rakan-rakan jemaah masjid di Taman Mahsuri, Jitra, angkara COVID-19 baru-baru ini. 

Dengan jumlah korban yang besar iaitu mencecah 15 orang dalam tempoh dua minggu, peristiwa tersebut sudah pasti menjadi sesuatu yang memilukan buat jemaah masjid serta penduduk di situ.

Menurut Megat Hanif, dia dan isterinya mengenali hampir semua pesakit yang meninggal dunia itu, kerana mereka sering bertemu di masjid setiap kali waktu solat dan ketika menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan lain seperti bertadarus.

"Ada antara mereka yang cukup rapat dengan kami hingga sama-sama menunaikan umrah, tahun lalu. Apabila mengenangkan bagaimana keadaannya mereka pergi  dengan tidak dapat dilihat oleh ahli keluarga atau rakan-rakan lain, semua itu amat menyedihkan. 

"Apatah lagi saya dan isteri bersama dua anak kami turut disahkan positif COVID-19, sebulan lalu. Walaupun sudah sihat, terasa seolah-olah saya juga mungkin pernah berada dalam 'senarai' bersama rakan-rakan yang telah meninggal dunia," katanya kepada Getaran di sini, hari ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman baru-baru ini berkata, beliau dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah bahawa terdapat 15 jemaah di masjid tersebut yang meninggal dunia akibat COVID-19 dalam tempoh dua minggu lepas. 

Menurut Hayati, pandemik terbabit mula dikesan menjangkiti jemaah masjid sejak Mei lalu, hingga tercetusnya kluster Dah Mahsuri yang membawa kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 18 Mei lalu dan berakhir kelmarin.

Menceritakan pengalamannya bergelar pesakit COVID-19, Megat Hanif berkata, dia terlebih dulu dibawa ke  Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), Kulim pada pagi Hari Raya Aidilfitri sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah 2 (HSB 2), Alor Setar. 

Katanya, beberapa hari sebelum dibenarkan pulang, berlaku satu kejadian, apabila seorang jururawat tersembam di katilnya dipercayai akibat keletihan ketika menjalankan tugas. 

"Jururawat itu yang masih muda dan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dalam keadaan tidak bermaya meminta saya menepuk bahagian belakangnya. Saya  terpaksa memapahnya sebelum kejadian tersebut disedari jururawat serta doktor lain dan dia kemudiannya hanya berbaring di simen sambil dibantu petugas lain. 

"Apa yang berlaku jelas menunjukkan betapa petugas barisan hadapan ini berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada pesakit. Setiap kali mereka datang kepada saya dalam keadaan memakai PPE, jelas kelihatan peluh yang mencurah-curah kerana panas," katanya, sebak.

Megat Hanif berkata, ada kalangan pesakit yang garang dan marah-marah, namun semua petugas tetap bersabar dalam menjalankan tanggungjawab diamanahkan.

"Saya berharap usaha mereka ini dihargai dan kita sama-sama membantu mereka memerangi COVID-19," katanya. 

Wajah-wajah sebahagian daripada 15 jemaah masjid Taman Mahsuri yang meninggal dunia dalam tempoh dua minggu lalu akibat COVID-19.
Wajah-wajah sebahagian daripada 15 jemaah masjid Taman Mahsuri yang meninggal dunia dalam tempoh dua minggu lalu akibat COVID-19.

Dalam pada itu Che Asiah berkata, pemergian 15 jemaah terbabit termasuk mereka yang rapat dengan keluarganya memang memberi kesan mendalam dari sudut emosi. 

"Bayangkanlah, selang dua tiga hari saja, ada khabar mengenai rakan yang meninggal dunia. Ada harinya, bukan satu atau dua khabar kematian yang tiba, tetapi tiga orang dalam tempoh beberapa jam saja.  

"Sampai satu tahap saya ambil keputusan untuk keluar dari salah satu satu kumpulan WhatsApp bersama kawan-kawan di sini. Saya terlalu sedih mendengar berita itu dan mungkin hanya akan menyertainya semula selepas semua ini berlalu," katanya.  - Getaran, 17 Jun 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah