web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


12 Individu Langgar SOP Berkumpul Untuk Solat Berjemaah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2021 8:14AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 12 lelaki termasuk enam warga asing melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah didapati berkumpul untuk melakukan solat secara berjemaah di sebuah premis rumah kedai di Taman Nirwana Ampang, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Esha berkata kesemua mereka termasuk pemilik premis yang berusia antara 23 hingga 60 tahun itu dikesan berkumpul semasa pemeriksaan dijalankan pada pukul 1.30 tengah hari.

Beliau berkata enam lelaki warga tempatan itu dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang manakala pemilik premis itu dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempat-Tempat Jangkitan) (No 3) 2021.

“Siasatan awal mendapati premis itu merupakan pejabat bagi syarikat pembersihan, kawalan keselamatan dan urusan kargo tiga syarikat berlainan milik warga tempatan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara, enam warga asing yang juga pekerja di syarikat itu, mempunyai dokumen pengenalan diri telah ditahan untuk siasatan lanjut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

2

Semasa 2 bulan yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

4

Semasa 3 bulan yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 13 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 14 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad