web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Palestin Zahir Penghargaan Atas Sokongan Tidak Berbelah Bahagi Malaysia - Hishammuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2021 2:38PM

Hishammuddin Hussein - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Luar Palestin Dr Riad Malki menzahirkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepimpinan serta sokongan Kerajaan Malaysia kepada Palestin sejak sekian lama.

Perkara itu disampaikannya dalam pertemuan dengan rakan sejawatan dari Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Turki pada Jumaat, menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra).

Dr Riad turut memuji pendirian Malaysia yang tidak pernah berbelah bahagi dan menyatakan Palestin sentiasa boleh bergantung harap pada sokongan Malaysia.

Menurut kenyataan itu, pertemuan dengan Dr Riad merupakan sebahagian daripada program lawatan kerja Hishammuddin ke Turki yang bermula pada Jumaat.

Semasa berada di Turki, Hishammuddin dijangka menghadiri Forum Diplomasi Antalya.

Selain itu, Dr Riad turut berkongsi dengan Hishammuddin mengenai perkembangan terkini di Palestin dengan memaklumkan bahawa Palestin masih terpaksa berdepan serangan dan kekejaman berterusan daripada pihak Israel.

Hishammuddin juga menyampaikan kepada Dr Riad yang kerajaan Malaysia juga bersetuju menyumbang lebih USD 1 juta kepada Kerajaan Palestin bertujuan membantu membina semula fasiliti ujian COVID-19 di Gaza yang telah musnah akibat dibom semasa serangan bulan lepas.

“Selain Malaysia, saya juga mencadangkan agar negara-negara yang berkongsi tekad yang sama tampil menyokong dan menggerakkan bantuan untuk Palestin - cadangan ini disambut baik oleh Dr. Riad,” katanya.

Di akhir pertemuan, Hishammuddin sekali lagi menyuarakan pendirian tegas Malaysia dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin serta akan terus mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel terhadap Palestin.

Hishammuddin juga memaklumkan kepada Dr Riad bahawa beliau akan ke Mesir sebaik sahaja Lawatan Kerja di Turki berakhir dan akan berkongsi perkara yang dibincangkan sewaktu bertemu Presiden Mesir, Abdel Fattah Al Sisi dan Menteri Luar Mesir, Sameh Hassan Shoukry. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Vandalisme, Serang McDonald’s Malaysia Tidak Seharusnya Berlaku, Ancam Keselamatan Pekerja

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Serangan Israel Di Rafah: Rakyat Palestin Tidak Ulangi Nakba 1948

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 13 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 14 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad