web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden PKR Tidak Akan Diisi Sehingga Pemilihan Parti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2021 11:14AM

Saifuddin Nasution berkata, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 1 Mei lepas. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Pusat PKR bersetuju untuk tidak mengisi beberapa jawatan kosong tertinggi di peringkat pusat, sehingga pemilihan parti yang akan ditetapkan kemudian.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 1 Mei lepas, berikutan terdapat beberapa jawatan tertinggi seperti timbalan presiden, naib presiden dan anggota Majlis Pimpinan Pusat (​MPP) parti yang masih kosong.

“Dengan ini, perjalanan parti di peringkat pusat akan kekal seperti keadaan sekarang tanpa kita mengisi jawatan-jawatan ini akibat ditinggalkan rakan-rakan lama kita,” katanya dalam ucapan aluan pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2020 hari ini.

Kekosongan jawatan parti itu wujud, apabila bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presiden Datuk Zuraida Kamaruddin, meninggalkan parti itu pada tahun lepas, manakala Dr A Xavier Jayakumar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden dan ahli PKR pada Mac lepas.

Saifuddin turut memaklumkan Kongres Nasional Tahunan 2021, akan diadakan secara serentak bersama Kongres Nasional Tahunan 2022 pada tahun hadapan.

Beliau berkata Mesyuarat Agung Tahunan Cabang juga akan dilangsungkan pada tahun hadapan, kecuali Laporan Tahunan Cabang akan diserahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada tahun ini.

Saifuddin berkata, Cabang Sungai Buloh dinobat sebagai Cabang Kemasukan Anggota Baharu Terbanyak iaitu 6,259 ahli dari 16 November 2020 hingga 29 April tahun ini.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, parti itu mempunyai 2,028 ranting di seluruh negara setakat ini, termasuk 259 ranting baharu yang didaftarkan pada tahun ini.

“Kita menetapkan satu ranting di satu daerah mengundi di kerusi-kerusi sasaran parti,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan pada kongres tersebut.

Seramai kira-kira 2,000 perwakilan menyertai kongres itu secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom, bermula dari pukul 8.00 pagi ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Keluarkan Pasport Tempoh Laku Sah 10 Tahun 

2

Politik 4 bulan yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

3

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 13 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan