web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terima Reaksi Pelbagai, Benarkah CERDIK Efektif?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Feb 2021 8:41AM

Ibu bapa terpaksa membeli komputer riba untuk anak-anak bagi mengikuti PdPR semasa PKP 2.0 - Gambar hiasan

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) mencetuskan pelbagai polemik sejak kembali dilaksanakan, susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP2.0) bermula 16 Januari lalu. 

Kaedah itu yang diperkenalkan bagi membendung penularan virus COVID-19 ternyata menghasilkan kesukaran tersendiri ke atas semua pihak berkaitan. 

Isu membabitkan capaian internet, kuota data serta peranti bersesuaian adalah antara permasalahan yang sering timbul susulan pelaksanaan PdPR dan sehingga kini, ia masih gagal ditangani secara menyeluruh. 

Dalam usaha memastikan matlamat PdPR kekal pada landasan, Kementerian Pendidikan diberi mandat bagi memperkenalkan inisiatif skim pinjaman komputer riba dan tablet kepada pelajar miskin. 

Skim dikenali sebagai CERDIK itu bagaimanapun dianggap pelik dan tidak masuk akal, kerana memperincikan syarat yang disifatkan sebagai tidak munasabah. 

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil meluahkan rasa hairan, dengan pelaksanaan skim terbabit yang disifatkan aneh dan mengelirukan. 

“Kalau nak bagi, bagi terus. Kalau Ustaz Ebit Liew, Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) dan saya sendiri boleh buat, kenapa kerajaan tak boleh? Kenapa perlu buat macam skim pinjaman buku teks,” katanya. 

Fahmi berkata, kekangan membabitkan akses peranti dan capaian internet adalah halangan terbesar untuk semua pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah atau B40, sebaik penutupan sekolah dibuat akibat penularan COVID-19. 

Kewujudan skim CERDIK pada dasarnya membolehkan sejumlah 150,000 komputer riba diserahkan kepada 500 sekolah terpilih di tujuh negeri iaitu Kedah, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Kelantan, Sabah dan Sarawak. 

Mengulas lanjut Fahmi berkata, bantuan diberikan itu masih tidak mencukupi berikutan jumlah pelajar miskin yang ada jauh lebih tinggi berbanding bilangan peranti diperoleh. 

“Negara memiliki 10,220 sekolah kerajaan, sekali gus bermakna, inisiatif CERDIK hanya memberi manfaat kepada kurang daripada lima peratus premis seumpama itu di seluruh negara. 

“Mengapa ada negeri tidak menerima inisiatif ini? Apakah mereka dianaktirikan? Mustahil semua lokasi itu tidak memiliki keluarga B40,” katanya. 

Bukan setakat wakil pembangkang, inisiatif CERDIK itu turut menerima kritikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu hantaran di Facebook, dua hari lalu. 

“Rupanya ‘pemberian’ 150,000 komputer riba seperti diumumkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam Bajet 2021 bukan pemberian tetapi adalah skim pinjaman, malah komputer tetap milik kerajaan dan denda RM300 akan dikenakan jika peranti hilang atau rosak,” katanya. 

“Jika dulu kerajaan Barisan Nasional mampu memberi, bukan pinjam, 1.7 juta komputer riba kepada pelajar dan guru, kenapa kerajaan PN tidak menggunakan kaedah yang sama?” sindir beliau. 

Dalam perkembangan berkaitan, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) bagaimanapun menyifatkan bahawa CERDIK adalah satu skim pinjaman yang memberi manfaat besar kepada semua pihak terbabit. 

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata, skim berkenaan bukan hanya sekadar membantu pelajar untuk sesi persekolahan 2021, tetapi juga generasi akan datang. 

“Kita kena juga fikirkan untuk pelajar-pelajar pada tahun seterusnya. 

“Jika komputer riba tersebut dipinjamkan kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM pada 2021, ia boleh diagihkan semula kepada mereka pada sesi seterusnya, sekali gus membolehkan lebih ramai memperoleh manfaat itu,” katanya. 

Selain komputer riba, CERDIK turut membekalkan peranti lain seperti iPad, yang dilengkapi dengan sambungan rangkaian 3G/4G dan data internet sebanyak 15 gigabait bagi tempoh 12 bulan. 

Pengedaran peranti akan dimulakan bulan ini dan diteruskan sepanjang tahun. - Getaran, 11 Februari 2021 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

2

Pendidikan 5 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Tangguh Dahulu Aktiviti Luar Bilik Darjah - KKM

4

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Kantin Sekolah Dibuka Untuk Pelajar Bukan Islam - Fadhlina

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi