web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UNITAR Diiktiraf Jenama Institusi Pendidikan Pilihan Putra Brand Awards

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2021 8:27AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR) meraih penghargaan jenama tertinggi bagi sektor pendidikan dan pembelajaran selepas merangkul Anugerah Platinum Putra Brand Awards 2020 baru-baru ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif UNITAR Puvan Balanchandran dalam kenyataan hari ini berkata jenama UNITAR telah berkembang dalam kalangan rakyat Malaysia sejak penubuhannya pada 1997 sebagai universiti maya pertama di Asia Tenggara yang menawarkan pembelajaran jarak jauh di pasaran yang sangat khusus ketika itu.

“Kuncinya adalah akses kepada semua - daripada penyelesaian pembelajaran inovatif yang dapat disampaikan kepada pelajar di mana sahaja mereka berada, hingga kepada kemampuan dan akses kepada sokongan kewangan untuk para pelajarnya melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau menyifatkan pencapaian itu seperti yang diundi oleh orang ramai, sebagai bukti kepercayaan rakyat terhadap jenama dan kejayaan UNITAR dalam penciptaan nilai untuk pelajar, rakan niaga dan pihak berkepentingan sambil memupuk warga negara employable dan global.

UNITAR turut menerima anugerah berganda apabila meraih anugerah berprestij, Most Enterprising Brand of the Year di Putra Brand Awards 2020.

Putra Brand Awards yang juga dikenali sebagai Anugerah Pilihan Rakyat merupakan satu-satunya anugerah jenama di negara ini yang disahkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang mengiktiraf jenama kegemaran Malaysia berdasarkan temu bual dan undian awam.- Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang