web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tambang Percuma Untuk Feri Pejalan Kaki Pulau Pinang Bermula Julai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 3:11PM

Zairil Khir Johari - Gambar dari Twitter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan pemberian tambang feri percuma kepada semua rakyat Malaysia bagi perkhidmatan feri pejalan kaki bermula Julai ini.

Exco Infrastruktur dan Pengangkutan, Zairil Khir Johari berkata, perkhidmatan feri percuma itu akan bermula pada 1 Julai sehingga 31 Disember, selaras dengan usaha meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di Pulau Pinang.

“Cadangan ini adalah susulan kepada perkhidmatan pas perjalanan My30 yang dilancarkan pada 1 Mac 2021 yang lalu, membabitkan penggunaan perkhidmatan bas awam milik Rapid Penang secara percuma untuk semua pelanggan pas.

“Dengan tambang feri percuma ini, jaringan pengangkutan awam melalui air dan darat secara menyeluruh dapat digunakan secara percuma oleh pengguna pengangkutan awam di Pulau Pinang,” katanya di sini hari ini.

Zairil berkata, penumpang hanya perlu membawa kad pengenalan masing-masing yang perlu diimbas di peranti pengimbas MyKad, disediakan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) sebelum menaiki feri.

Beliau berkata, pembiayaan tambang feri kepada penumpang pejalan kaki ini membabitkan peruntukan sebanyak RM78,000 sebulan dengan 65,000 keping tiket.

“Jumlah keseluruhan peruntukan adalah dianggarkan sebanyak RM468,000.

“Kerajaan negeri berharap dengan pembiayaan tambang feri pada saat-saat kritikal ini sedikit banyak dapat membantu mengurangkan bebanan kos perjalanan rakyat, yang berulang-alik menggunakan pengangkutan awam,” katanya.

Perkhidmatan feri Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan bahagian pulau negeri ini sejak 126 tahun lalu, telah diganti dengan feri penumpang bermula 1 Januari lalu.

Penggunaan feri penumpang itu hanya akan dilaksanakan secara interim bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2022 sebelum perkhidmatan katamaran atau teksi air dan vehicle transporter diperkenalkan selepas tarikh itu.

Ketika ini, tambang feri penumpang adalah RM1.20 bagi pejalan kaki dewasa dan 60 sen untuk kanak-kanak berusia antara lima hingga 12 tahun, RM0.60 sen. – Getaran, 22 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

3 Beranak Maut Dalam Kebakaran Rumah Kedai Di Balik Pulau

2

Jelajah 2 bulan yang lalu

Terokai Shanghai Dalam Masa Kurang 24 Jam Secara Percuma

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Boleh Perluas Teksi Air Jika Dapat Sambutan - Chow

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

1,301 Jemaah Disahkan Meninggal Dunia, 83 Peratus Tidak Miliki Permit Tunai Haji 

oleh Diyana Nawwar

Sukan 14 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih

Semasa 1 hari yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Semasa 1 hari yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang