web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tayar Kren Meletup, Lelaki Maut Terkena Besi Terpelanting

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2021 7:53AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang pekerja pusat servis tayar di Menglembu di sini yang sedang menukar tayar sebuah kren, maut dipercayai terkena besi yang terpelanting apabila tayar itu meletup dalam kejadian yang berlaku pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian yang menimpa mangsa berusia 60 tahun itu, pada kira-kira pukul 10.35 pagi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan.

“Mangsa ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka dan berdasarkan keterangan saksi yang terkejut dengan bunyi letupan dan besi tayar yang meletup lalu terkena muka mangsa hingga menyebabkan cedera parah dan terpelanting ke sisi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, saksi kejadian yang juga pelanggan pusat servis tayar itu kemudian memaklumkan kepada majikan mangsa dan bertindak menghubungi pihak polis dan ambulans.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 15 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan