web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Judi EURO 2020, 152 Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2021 6:39PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 152 individu ditahan selepas dipercayai terbabit dalam pertaruhan judi bola sepak sempena kejohanan bola sepak UEFA EURO 2020.

Semua suspek ditahan Ops Soga VII yang dilaksanakan bermula 10 hingga 21 Jun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, sejumlah RM115,132 wang pertaruhan dirampas dalam serbuan berkenaan.

“Berdasarkan pemeriksaan, had kredit pertaruhan adalah sebanyak RM11,645,227 daripada rekod pertaruhan individu dan sindiket tertentu,” katanya hari ini.

Turut dirampas adalah pelbagai peralatan peranti elektronik yang digunakan untuk aktiviti catit taruh haram seperti 24 set komputer, 11 unit komputer riba, 166 unit telefon pintar, lima unit mesin kira-kira, 12 unit modem, lapan unit router, jadual perlawanan EURO 2020 dan buku pertaruhan.

Bagaimanapun, Abd Jalil berkata, masih terlalu awal untuk menentukan kejayaan Op Soga VII ini kerana perlawanan bola sepak EURO 2020 masih berbaki 20 hari lagi.

“Modus operandi kali ini agak berbeza daripada pengalaman sebelum ini dengan kebanyakannya dilakukan secara atas talian disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP).

“Bahagian D7 Bukit Aman dan seluruh kontinjen JSJ akan melipat gandakan usaha memantau dan mencegah kegiatan catit taruh haram sempena EURO 2020,” katanya.

Beliau berkata, fokus utama Op Soga adalah untuk mencegah dan membanteras kegiatan catit taruh sempena kejohanan EURO 2020 membabitkan bookie atau punter dan lokasi pertaruhan judi bola sepak itu

“Pelaksanaan penugasan Op Soga VII merujuk kepada peruntukan undang-undang di bawah Akta Pertaruhan 1953,” katanya. - Getaran, 23 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Perak Catat Kemenangan Pertama Di Laman Sendiri, Sabah Tumbang Di Selayang

2

Sukan 4 minggu yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan