web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Beri Keutamaan Pada COVID-19, Bukan Jual Lapangan Terbang! - Mohamad Hasan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2021 8:30PM

Mohamad Hasan berkata jangan mudah terpedaya dengan idea pembongkaran potensi LTSAAS oleh syarikat swasta.

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak perlu menimbangkan sebarang cadangan penjualan Lapangan Terbang Subang kerana ia bukan satu keutamaan ketika negara dilanda pandemik COVID-19 yang masih tidak berkesudahan.

Teguran berkenaan disuarakan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang berpendapat, penjualan aset negara tersebut kepada beberapa individu kaya bertentangan dengan kepentingan nasional.

“Ia adalah aset strategik yang sangat bernilai, milik sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang rakyat jelata ada kepentingan terus melalui KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), PNB (Permodalan Nasional Berhad), KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen),” tegas Mohamad hari ini.

Desas-desus tentang penjualan lapangan terbang yang juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), kepada WCT Holdings itu telah dilaporkan sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, ia mendapat tentangan kuat dari pelbagai kesatuan pekerja Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) iaitu syarikat berkaitan kerajaan yang memiliki LTSAAS.

“Jika berlaku kecemasan nasional, LTSAAS adalah satu-satunya lapangan terbang terdekat untuk operasi kecemasan, bantuan kemanusiaan dan evakuasi. Kerana kepentingan strategik tersebutlah, ia harus kekal menjadi aset milikan kerajaan.

“Jangan mudah terpedaya dengan idea pembongkaran potensi LTSAAS oleh syarikat swasta. Apalagi bila ia lebih berorientasi pembangunan hartanah. Rencana korporat sentiasa elok di atas kertas tetapi tidak dalam pelaksanaan,” tegas Mohamad lagi.

LTSAAS adalah antara tujuh daripada 39 lapangan milik MAHB yang memberi keuntungan kepada syarikat berkenaan.

Penjualan lapangan terbang itu dianggarkan berpotensi mencatatkan kerugian berjumlah RM11.9 bilion, berdasarkan tempoh perjanjian konsesi LTSAAS yang hanya akan tamat pada 2069.

“Lapangan terbang Senai terlepas dari pegangan MAHB dalam tahun 2003 dengan janji bahawa ia akan memberi persaingan yang hebat kepada lapangan terbang Changi, Singapura.

“Selepas 17 tahun, Senai terus jauh ketinggalan dari Changi dari semua segi,” kata Mohamad.

Dua hari lepas, gabungan kesatuan pekerja MAHB mendedahkan bahawa kerajaan masih berkeras mahu menjual LTSAAS kepada WCT Holdings.

Jurucakap gabungan tersebut, Hussin Shahar mendakwa, kertas cadangan penjualan lapangan terbang itu dipercayai akan dibentang oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat.

LTSAAS dikendalikan oleh WCT Holdings yang dipengerusikan oleh Tan Sri Desmond Lim. - Getaran, 23 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Kerajaan Teruskan PLKN, Pelatih Jalani Latihan Di Kem Tentera

2

Politik 1 tahun yang lalu

Dijangkiti Influenza, Tok Mat Cuti Kempen 3 Hari

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Insiden Latihan Menembak: Lembaga Penyiasatan Terdiri Daripada Pakar Letupan

4

Politik 1 tahun yang lalu

Pembahagian Kerusi PH-BN Di 6 Negeri Selesai 90 Peratus - Tok Mat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan