web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembahagian Kerusi PH-BN Di 6 Negeri Selesai 90 Peratus - Tok Mat

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 9:09PM

Mohamad Hasan - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

REMBAU - Pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah sudah selesai 90 peratus.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ada satu atau dua kerusi yang menyaksikan pertindihan dan memerlukan keputusan Jawatankuasa Majlis Presiden kedua-dua gabungan.

"Pertindihan kerusi ini disebabkan semua rasa boleh menang jadi kita serahkan kepada Jawatankuasa Majlis Presiden untuk menentukan bagi melihat dari segi kaca mata yang lebih luas.

"Macam di Negeri Sembilan, 16 kerusi sudah dikunci, hanya satu atau dua kerusi yang PH nak dan BN juga nak, jadi kita letak pada Majlis Presiden," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Rembau ke-47.

Mohamad juga berkata bagi kerusi yang sudah dimuktamad, setiap parti boleh memulakan gerak kerja bagi menghadapi PRN tidak lama lagi.

"Kita tidak mahu disebabkan satu atau dua kerusi ini, kerja terbantut," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

2

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

3

Politik 3 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

4

Politik 3 bulan yang lalu

Pertarungan Rebut Kerusi DUN Sungai Bakap Bermula Esok

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global