web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berita Palsu Dan Hasutan, Polis Buka 1,897 Kertas Siasatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 11:21AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,897 kertas siasatan telah dibuka susulan penyalahgunaan media sosial membabitkan penyebaran berita palsu dan unsur hasutan sejak Januari 2019.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 185 kes menyentuh institusi Diraja, 112 melibatkan kaum, penghinaan agama (168), berkaitan kerajaan (248) dan 1,184 lagi membabitkan individu serta agensi.

“Sebanyak 844 atau 44.5 peratus kes berjaya diselesaikan manakala bakinya 1,053 atau 55.5 peratus lagi masih dalam siasatan,” katanya di sini hari ini.

Abd Jalil berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Bukit Aman telah diberi mandat untuk memantau dan menjalankan siasatan berkaitan isu penyalahgunaan media sosial.

Katanya, ia mencakupi penyebaran berita palsu atau hasutan yang boleh membangkitkan perasaan tidak setia, menimbulkan kegentaran awam atau menggugat keamanan negara yang berbaur penghinaan kepada institusi diraja, kerajaan, pentadbiran keadilan, sensitiviti agama serta kaum.

“Siasatan dijalankan selari dengan peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Sementara itu, Abd Jalil berkata, 254 kes membabitkan penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19 disiasat JSJ Bukit Aman, bermula 18 Mac 2020 hingga 20 Jun lalu.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 109 kes telah diselesaikan manakala 145 lagi masih dalam siasatan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyeru dan menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial untuk menyalurkan berita atau infomasi tidak dipastikan kesahihannya,” katanya. - Getaran, 24 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad