web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Awas Sindiket Penipuan Shopee, Tiada Jawatan Ejen Pembelian Atas Talian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 12:44PM

Gambar sekadar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai diingatkan agar tidak terjebak dengan sindiket penipuan yang menawarkan peluang pekerjaan di syarikat e-dagang Shopee.

Menurut jurucakap platform perniagaan atas talian itu, Shopee tidak pernah mengupah mana-mana pihak untuk mengambil pekerja baharu melalui platform pesanan mereka.

“Shopee ingin menyatakan secara rasmi bahawa jawatan ‘Ejen Pembelian Atas Talian’ tidak wujud di organisasi kami.

“Sekiranya sesiapa ditawarkan peluang pekerjaan yang mencurigakan, atau telah menjadi mangsa sindiket penipuan seperti ini, sila hubungi balai polis berdekatan dan buat laporan dengan segera,” katanya di  sini hari ini.

Jurucakap itu memberitahu, orang ramai boleh menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui alternatif lain, termasuk platform SEMAKMULE untuk memeriksa akaun bank dan nombor telefon yang terlibat dengan jenayah komersial.

Beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia agar sentiasa berwaspada dan peka terhadap sindiket penipuan ini, dan tidak menjadi mangsa kepada tawaran pekerjaan palsu tersebut.

Tambahnya, mereka akan terus bekerjasama dengan PDRM dalam menangani kegiatan semua sindiket tersebut.

“Infoline Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) beroperasi antara jam lapan pagi hingga 12 tengah malam untuk memeriksa status laporan polis dan menghantar maklumat mengenai kes jenayah komersial melalui nombor telefon, 013-211 1222.

“CCID Scam Response Centre pula boleh dihubungi menerusi talian 03 26101559 atau 03 26101599 dan ia beroperasi bermula jam 8 pagi hingga 8 malam, untuk orang ramai menghantar maklumat atau bertanya mengenai sindiket penipuan atas talian,” katanya. - Getaran, 24 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 bulan yang lalu

Almari Kapsul Beri Peluang Muslimah Dapatkan Koleksi Fesyen Bawah RM40

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

3

Gaya 6 bulan yang lalu

Sedondon Sekeluarga Pilihan Rakyat Malaysia Ketika Sambutan Aidilfitri

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Warga Emas Kerugian RM228,000 Terpedaya Pelaburan Kripto

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan