web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kertas Siasatan MB Kedah Dirujuk Ke Pejabat Pendakwaan Negeri - Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 5:10PM

Tangkap layar dari video media sosial yang menunjukkan Muhammad Sanusi yang didakwa memandu uji kenderaan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS - Kertas siasatan kes Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan beliau memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru di sini baru-baru ini, telah dihantar kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata buat masa ini pihaknya masih menunggu arahan daripada PPN untuk tindakan seterusnya.

“Kertas siasatan itu sebelum ini dihantar ke Bukit Aman dan telah dikembalikan kepada kami untuk diserahkan kepada PPN bagi tindakan selanjutnya. Memang kena hantar ke Bukit Aman terlebih dahulu kerana ia melibatkan penjawat awam (menteri besar).

“Lagipun siasatan ini mengambil sedikit masa kerana ia (siasatan) dijalankan berdasarkan video dan gambar yang tular, jadi polis perlu merekodkan keterangan daripada pelbagai pihak terlibat dan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan tersebut,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Katanya kes itu disiasat menurut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Sebelum ini, komuniti media sosial kecoh selepas gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta pada 5 Jun lepas, sedangkan negara masih berada di bawah sekatan pergerakan penuh yang mana pusat jualan dan pameran kenderaan antara sektor tidak dibenarkan beroperasi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan