web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terengganu Tunggu SOP MKN, KKM Untuk Persidangan DUN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 7:48PM

Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri akan menunggu SOP dari MKN dan KKM berhubung pelaksanaan sidang DUN terlebih dahulu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Terengganu akan menunggu prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negeri (MKN)  dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu, sebelum memutuskan tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan negeri berharap persidangan DUN dapat dilakukan secara bersemuka berbanding pelaksanaan menggunakan kaedah maya.

“Kita masih belum putuskan sebab masih menunggu maklumat dari MKN dan KKM mengenai kaedah pelaksanaan sidang DUN dalam suasana begini. Bila kita dah dapat kepastian, baru kita bincang untuk cari tarikh sesuai.

“Kalau boleh kita nak secara bersemuka sebab itu kita nak panduan MKN dan KKM bagaimana cara pelaksanaannya dengan suasana COVID-19 begini,” katanya kepada media selepas lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai pelaksanaan Sidang DUN di Terengganu, susulan titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mengenai pembukaan Parlimen pada 16 Jun lalu.

Ditanya adakah perbincangan sudah dilakukan dengan speaker negeri, Ahmad Samsuri yang juga Adun Rhu Rendang memberitahu, ia masih belum dibuat.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga belum mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin untuk berbincang lebih lanjut mengenai perkara itu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 16 Jun lepas menitahkan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh semua Ahli Dewan Rakyat. - Getaran, 24 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan