web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MIROS Terbit Video Khidmat Masyarakat Sempena Tahun Baharu Cina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2021 4:43PM

Video pesanan khidmat masyarakat ini diterbitkan sempena Tahun Baharu Cina

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kuala Lumpur – Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) telah melancarkan video pesanan khidmat masyarakat (PSA) sempena Tahun Baharu Cina ini bagi memberikan kesedaran kepada rakyat agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

MIROS dalam satu kenyataan berkata, video berdurasi dua minit 30 saat minit ini bertajuk  Be Fruitful and Safe itu akan memberikan penekanan mengenai kepentingan pemakaian peralatan pengekang dan perlindungan peribadi seperti tali pinggang keledar, kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dan topi keledar sebelum memulakan perjalanan. 

''Selain itu, tali pinggang keledar juga mampu melindungi sebarang ancaman pergerakan yang boleh membahayakan ketika berlakunya perlanggaran trafik atau kenderaan berhenti secara mengejut dan ia mampu mengurangkan risiko kematian atau kecederaan parah sebanyak 50 peratus. 

''Penggunaan CRS yang dipasang dengan betul dan sesuai mampu mengurangkan kenaikan kadar kematian bayi sebanyak 71 peratus dan 54 peratus bagi kanak-kanak berusia antara satu hingga empat tahun akibat kemalangan jalan raya,'' kata kenyataan berkenaan.

Video berkenaan diterbitkan dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan dan sebuah syarikat menjual barangan bayi, Babylab.

Ia turut menampilkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan boleh ditonton menerusi laman Facebook dan Twitter Miros.

Dalam pada itu, MIROS berkata, kajian yang dijalankan menunjukkan kadar pematuhan pemakaian tali pinggang keledar pada 2020 untuk pemandu adalah 90 peratus dan 70 peratus untuk penumpang hadapan, namun hanya 11 peratus untuk penumpang belakang. - Getaran 11 Februari 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi