web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Langgar SOP Solat Jumaat, 13 Jemaah, Masjid Dikompaun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2021 8:20PM

Sebahagian daripada 13 individu yang dikompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang kerana menjadi sebahagian daripada 34 jemaah yang melanggar SOP dengan menunaikan solat di sebuah masjid di Seberang Kota, Kuala Kedah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seramai 13 individu berusia antara 18 hingga 82 tahun dikompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang kerana menjadi sebahagian daripada 34 jemaah yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Seberang Kota, Kuala Kedah, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, dalam pemeriksaan sekitar jam 2 petang itu, pihaknya turut mengeluarkan kompaun berjumlah RM10,000 terhadap masjid tersebut kerana gagal memastikan pematuhan SOP melibatkan jumlah kehadiran jemaah.

"Kompaun dikenakan terhadap 13 individu manakala selebihnya tidak diambil tindakan atas alasan munasabah, memandangkan ada antara mereka masih bergelar pelajar sekolah dan golongan kelainan upaya (OKU), termasuk seorang yang disahkan nyanyuk.

"Sebaik tiba di lokasi, khatib didapati sedang membacakan khutbah. Kami biarkan mereka solat terlebih dulu sebelum mengambil tindakan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Balai Polis Kuala Kedah selepas mengetuai sendiri pemeriksaan tersebut di sini, hari ini.

Semua kompaun berkenaan dikeluarkan mengikut Seksyen 11(3) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 .

Pemeriksaan itu turut mendapat kerjasama pegawai dan anggota Kementerian Dalam Negeri (KDN).

SOP di Kedah menetapkan solat Jumaat hanya boleh didirikan 13 jemaah, termasuk pegawai dan jawatankuasa kariah di sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 manakala solat fardhu dihadkan kepada 12 orang.

Ahmad Shukir menambah, kesemua mereka yang terlibat merupakan penduduk tempatan dan tetap mengamalkan penjarakan sosial serta mengenakan pelitup muka ketika hadir bagi menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut.

"Menurut ahli jawatankuasa masjid, ini adalah kali pertama perlanggaran SOP berlaku di premis berkenaan. Minggu lalu, kalangan jemaah yang hadir mematuhi jumlah ditetapkan.

"Saya menasihatkan agar kita sama-sama mematuhi SOP ditetapkan demi keselamatan semua. Apabila selesai PKP ini nanti, sama-samalah kita kembali menunaikan solat jemaah di masjid seperti biasa," katanya. - Getaran 25 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang