web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terumbu Karang Rosak Dilanggar Tongkang, Kerajaan Negeri Lancar Proses Restorasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2021 9:08PM

Kerajaan negeri akan membuat penilaian awal terhadap kerosakan terumbu karang dan akan menjalankan proses restorasi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah akan memastikan terumbu karang yang rosak akibat dilanggar sebuah tongkang di Pulau Mabul, Semporna, menjalani proses restorasi.

Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata, pihaknya sudah mengarahkan penyelam dari Taman Taman Sabah (TTS) dan Jabatan Perikanan membuat penilaian awal ke atas tahap kerosakan tersebut selain merancang program restorasi di kawasan terjejas.

"Ini termasuk penyusunan semula terumbu karang yang rosak dan terbalik.

"Berdasarkan maklumat awal, tongkang berkenaan membawa muatan bahan binaan projek ESSCom Front Operation Base (FOB) di bawah syarikat Hartamas Borneo Sdn Bhd," katanya hari ini.

Tambah Jafry, berdasarkan rekod Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS), projek berkenaan telah diberi kelulusan mengikut Laporan Cadangan Langkah-Langkah Pengurangan (Laporan PPM) pada 8 Februari lalu.

"Bagaimanapun, JPAS akan melakukan siasatan mengenai kejadian ini dan meneliti jika terdapat pelanggaran dalam syarat kelulusan PPM yang dikeluarkan," katanya.

Dalam pada itu, pegawai Pejabat Daerah Semporna dan agensi berkaitan turut meninjau lokasi kejadian dan mendapati, tongkang berkenaan telah dialihkan ke lokasi lain.

Menurut Jafry, kawasan tersebut tidak terletak dalam kawasan yang dilindungi seperti diwartakan TTS dan Jabatan Hidupan Liar.

"Bagaimanapun, kementerian memandang serius perkara ini selepas mengambil kira jangka waktu pembentukan terumbu karang yang mengambil masa ratusan tahun," katanya.

JPAS akan melakukan siasatan mengenai kejadian ini dan meneliti jika terdapat pelanggaran dalam syarat kelulusan PPM yang dikeluarkan
JPAS akan melakukan siasatan mengenai kejadian ini dan meneliti jika terdapat pelanggaran dalam syarat kelulusan PPM yang dikeluarkan

Terdahulu, kumpulan konservasi dan pengusaha resort mengutuk tindakan kontraktor yang mendaratkan tongkang di Pulau Mabul sehingga melanggar dan merosakkan terumbu karang.

Tinjauan pegawai Pejabat Daerah Semporna dan agensi berkaitan mendapati, tongkang berkenaan telah dialihkan ke lokasi lain.
Tinjauan pegawai Pejabat Daerah Semporna dan agensi berkaitan mendapati, tongkang berkenaan telah dialihkan ke lokasi lain.

Tongkang yang membawa bahan binaan untuk projek kerajaan itu dilihat cuba mendarat berhampiran pulau berkenaan pada 24 Jun lalu, namun sempat dihalang pengusaha resort.

Bagaimanapun, kontraktor terbabit tidak mengendahkan teguran dan tetap berdegil melabuhkan tongkang di lokasi kejadian.

Tindakan tersebut mengundang kritikan dari pelbagai pihak yang kecewa, khususnya selepas banyak program konservasi marin dilakukan bersama masyarakat setempat demi menjaga terumbu karang yang ada di situ. – Getaran, 26 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 20 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan