web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sorok Dadah Dalam Kereta Bentley, 2 Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2021 3:33PM

Mior menunjukkan dadah yang dirampas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Taktik dua lelaki menggunakan kereta mewah jenis Bentley untuk membawa 128.78 kilogram (kg) dadah jenis Methamphetamine gagal, selepas mereka ditahan polis ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Gopeng di sini, Rabu lalu.

Difahamkan, kedua-dua suspek berusia 41 dan 47 tahun itu ditahan jam 7.30 malam selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan, sebelum pemeriksaan menemui dadah bernilai RM6 juta tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kesemua dadah berkenaan ditemui disorok di dalam but kereta terbabit dengan dibalut bungkusan teh Cina.

Katanya, pemeriksaan lanjut yang dijalankan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kampar ke atas kenderaan terbabit turut menjumpai dadah yang disembunyi di ruang penyimpanan tayar tambahan di bahagian belakang kereta.

Menurutnya, turut dirampas sejumlah wang tunai yang bernilai RM 3,390.

“Suspek menggunakan modus operandi menggunakan kereta mewah sebagai taktik untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

“Kalau kita lihat sekali pandang, memang tidak nampak dadah disimpan di dalam bahagian but kereta yang diubahsuai, namun usaha pegawai berjaya membuka dan menjumpai dadah terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK), di sini, hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, kedua-dua suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar untuk siasatan lanjut dan hasil ujian air kencing mendapati, suspek pertama positif dadah jenis Methamphetamine, manakala ujian suspek kedua disahkan negatif.

Katanya, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula 24 Jun sehingga 30 Jun dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Hasil siasatan dijalankan mendapati kedua-dua suspek berasal dari Johor dan menggunakan surat rentas negeri atas alasan menguruskan perniagaan yang sudah tamat tempoh.

“Kesemua dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran utara,” katanya. - Getaran, 27 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 19 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan