web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Fasa Pertama PPN Dikekalkan Sehingga 3 Indikator Nilai Ambang Utama Dicapai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2021 7:53PM

Ismail Sabri - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dikekalkan sehingga tiga indikator nilai ambang utama dicapai, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata indikator itu ialah purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) pada paras sederhana dan kadar vaksinasi bagi populasi yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus.

Ismail Sabri berkata peralihan fasa pertama ke fasa kedua akan mengambil kira ketiga-tiga indikator sebelum ia diputuskan.

“Berdasarkan penilaian risiko yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan akan mengekalkan lagi tempoh fasa pertama di seluruh negara.

“Ia mengambil kira situasi semasa ketika ini yang masih belum berjaya untuk beralih dari fasa pertama ke fasa kedua apabila graf jumlah kes positif baharu harian menunjukkan trend mendatar,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. 

Ismail Sabri turut mengumumkan waktu operasi premis menjual makanan bermula 6 pagi hingga 10 malam berkuat kuasa esok setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan.

Ketika ini, operasi melibatkan premis kedai makan dan restoran hanya dibenarkan bermula 8 pagi hingga 8 malam.

Beliau juga menjelaskan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 masih diguna pakai dalam fasa pertama PPN dengan semua aktiviti sosial dan ekonomi tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor perlu dalam senarai positif yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selera 4 minggu yang lalu

Mana Mau Makan Pan Mi Halal?

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Uncle Roger Umum Buka Restoran Pertama Di Malaysia

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Pengusaha Restoran Bertahan Tidak Naikkan Harga Demi Pelanggan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 21 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan