web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jurulatih Beri Kenyataan Jelik, PDRM Mulakan Siasatan Dalaman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2021 8:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULA LUMPUR - Satu siasatan dalaman dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap seorang anggotanya yang bertugas sebagai jurulatih di sebuah pusat latihan, kerana didakwa mengeluarkan kenyataan jelik terhadap pelatih wanita.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass berkata, siasatan dalaman ke atas jurulatih terlibat telah dimulakan dan jurulatih tersebut akan dipindahkan untuk membuat tugasan am di pejabat sehingga hasil siasatan diperolehi.

“PDRM memandang serius isu seperti ini kerana boleh mencemarkan integriti PDRM serta tahap profesionalisme di Institut Pusat Latihan Polis (PULAPOL),” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk kenyataan atau perbuatan serta perilaku yang boleh ditakrifkan sebagai gangguan seksual.

“Pihak kami tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang berkelakuan ataupun sebarang kenyataan yang boleh dianggap seksis dan seumpamanya,” jelas beliau lagi.

Zaini berkata, sebarang salah laku akan dikenakan tindakan tegas di bawah peruntukan undang-undang serta peraturan tatatertib pegawai awam yang sedia ada.

Sebuah video berdurasi 23 saat tular di  media sosial baru-baru ini, memaparkan seorang anggota polis lelaki yang bertugas sebagai jurulatih di PULAPOL, mengeluarkan kenyataan jelik terhadap pelatih wanita. - Getaran, 27 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 5 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan