web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kembar Seiras Tertukar: HRPZ II Teliti Dokumen, Kesan Petugas Kesihatan Terlibat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2021 3:18PM

Datuk Dr Selasawati Ghazali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akan meneliti semua dokumen berkaitan termasuk mencari petugas kesihatan yang terlibat sebelum mengesahkan kisah tragis tiga bayi perempuan termasuk sepasang kembar yang dilahirkan 20 tahun lepas, tertukar dipercayai akibat kecuaian.

Pengarah HRPZ II Datuk Dr Selasawati Ghazali mengakui pihaknya turut ‘terkejut’ apabila membaca kisah tersebut namun, memerlukan masa untuk mencari dokumen berkaitan sebelum membuat rumusan apa yang sebenarnya berlaku.

“Secara asasnya fail pesakit khususnya melibatkan pediatrik ini disimpan selama 21 tahun, tetapi kita tahu HRPZ II ini telah terlibat dalam banjir besar pada 2004 dan 2014, pada 2014 hampir 300,000 dokumen kita telah ditenggelami banjir dan telah dilupuskan.

“Bagaimanapun, pihak saya akan cuba mencari dokumen berkaitan sekarang, sudah tentu kita akan menyiasat perkara ini sepertimana yang diberitahu oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (Datuk Dr Zaini Hussin) semalam,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika hadir menyaksikan Majlis Penyerahan Peralatan Perubatan oleh Persatuan Tzu Chi Cawangan Kelantan kepada Pengarah Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Kelantan Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir di PKRC Tanjung Chat, di sini hari ini.

Dr Selasawati berkata demikian sebagai mengulas laporan Bernama berkenaan dua keluarga terpaksa mengharungi kisah tragis selepas tiga bayi perempuan termasuk sepasang kembar yang dilahirkan 20 tahun lepas tertukar dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu.

Mengulas lanjut, Dr Selasawati berkata pihaknya juga turut berharap dan berterima kasih sekiranya semua ahli keluarga yang terbabit dapat hadir bagi membantu siasatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Kerajaan Beri Laluan Penuh Polis Siasat, Tiada Campur Tangan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 21 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 22 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad