web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sabah Benarkan Dine-In, Aktiviti Pembuatan Dan Perkilangan Boleh Beroperasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2021 3:20PM

Hajiji Noor - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Ketika sebahagian besar aktiviti di Semenanjung Malaysia masih terbatas, kerajaan negeri Sabah pula mengambil langkah sebaliknya apabila membenarkan aktiviti pembuatan dan perkilangan berkuatkuasa esok.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, turut dibenarkan ialah dine-in di dalam restoran dan kedai makan.

Menurut beliau, keputusan berkenaan adalah selaras dengan Pelan Pemulihan Negara Fasa Satu.

“Kebenaran itu mencakupi aktiviti pemprosesan getah, simen, cat, kayu dan perabot.

“Bagaimanapun, setiap perincian berkaitan prosedur operasi standard (SOP) akan dikeluarkan dalam masa terdekat, sebagai panduan kepada semua pihak khususnya pengusaha industri berkaitan,” katanya di sini hari ini.

Hajiji berkata, kerajaan negeri juga membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan seperti senaman, golf dan memancing.

Kebenaran jelas beliau, turut dibenarkan bagi gerai sayur, ikan dan  buah yang dibuka kecil-kecilan di tepi jalan raya.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, pihaknya turut membenarkan premis gunting rambut dibenarkan beroperasi bermula esok. – Getaran, 28 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 22 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan