web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


51 Individu Diberkas Bertaruh EURO 2020 Berjumlah RM19.44 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2021 3:37PM

Ayob Khan menunjukkan komputer, komputer riba,router, modem, wang tunai dan jadual kejohanan UEFA EURO 2020 yang dirampas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seramai 51 individu diberkas selepas dipercayai terlibat dalam sindiket pertaruhan judi kejohanan UEFA EURO 2020 berjumlah RM19.44 juta menerusi 40 serbuan di sekitar negeri ini pada 10 hingga 26 Jun lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua individu berumur 18 hingga 54 tahun termasuk dua wanita itu, ditahan menerusi Op Soga hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor serta aduan dan maklumat daripada orang awam.

Beliau berkata kesemua individu warga tempatan yang ditahan merupakan ejen atau ‘bookie’ sindiket pertaruhan dalam talian dengan menggunakan 20 laman web pertaruhan judi yang beroperasi di luar negara.

“Serbuan yang dilakukan adalah di kawasan perumahan dan bukan di premis kerana sebelum pandemik COVID-19 mereka dipercayai ada pusat pertaruhan sendiri.

“Kita percaya ada lagi saki-baki ahli sindiket yang bebas kerana kejohanan tersebut berlangsung hingga 12 Julai ini dan nilai taruhan adalah lebih tinggi. Operasi (Op Soga) juga akan dijalankan berterusan,” katanya dalam sidang media di IPK Johor sini hari ini.

Ayob Khan berkata, antara yang dirampas menerusi serbuan tersebut ialah wang tunai berjumlah RM35,112, sebanyak 71 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 67 keping kad sim, 15 helai kertas catatan rekod pertaruhan, dua jadual perlawanan UEFA EURO dan empat komputer riba.

Katanya, kesemua individu terbabit ditahan reman antara dua hingga empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(3), Seksyen 6(1) dan Seksyen 4(1)(d) Akta Pertaruhan 1953.

Beliau pada masa sama menyeru kepada orang ramai sekiranya mempunyai maklumat mengenai kegiatan pertaruhan judi seumpama itu untuk menyalurkannya menerusi balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan Polis Johor di talian 07-2212999 atau 07-2254677. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

12 Lelaki Dicekup, Leka Main Judi ‘Pai Gow’

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kalau YB Tak Tunjuk Contoh Baik, Bagaimana Rakyat Nak Patuh Undang-Undang - Ayob Khan

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRN: Polis Nasihatkan Calon Tidak Keluar Kenyataan Tanpa Bukti

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga PDRM Perlu Kritis, Konstruktif Dalam Melaksanakan Tugas - Ayob Khan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 22 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan