web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sindiket Rokok Seludup Tumpas, Nilai Rampasan Lebih RM8 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2021 3:47PM

Sebanyak 4,06 juta batang rokok putih dan 691,200 batang rokok kretek melibatkan cukai RM7.8 juta telah dirampas dalam Ops Kontraban yang diadakan di Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran rokok seludup, selepas merampas 4.06 juta batang rokok putih dan 691,200 batang rokok kretek yang tidak bercukai bernilai RM7.8 juta, Sabtu lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang,  Datuk Sahabuddin Abd Manan berkata, dalam operasi dikenali sebagai Ops Kontraban itu, polis menyerbu tiga rumah sewa di Machang Bubok dan Bukit Tengah yang dijadikan markas dan stor penyimpanan rokok tersebut.

Menurut beliau, polis menerusi serbuan itu menahan 12 lelaki berumur 18 hingga 38 tahun, dengan lima daripada mereka didapati memiliki pelbagai rekod jenayah lampau seperti dadah, judi, dan akta kastam.

“Hasil siasatan awal, sindiket ini dipercayai memperolehi bekalan rokok dari negara jiran, tetapi kita belum tahu bagaimana modus operandi mereka.

“Mereka juga dipercayai sudah beroperasi sejak empat bulan lalu bagi memenuhi permintaan pasaran di wilayah utara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, hari ini.

Sahabuddin berkata, turut dirampas adalah sembilan kenderaan yang dianggarkan bernilai RM236,000, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan sebanyak RM8.04 juta.

“Semua suspek kini ditahan reman di IPD Seberang Perai Tengah di bawah Seksyen 116 Akta Kastam 1967, dan kes turut disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

Ini adalah rampasan rokok seludup yang kedua di Pulau Pinang dalam tempoh kurang daripada seminggu. 

Khamis lalu, polis Bukit Aman menumpaskan sindiket pengedaran rokok seludup dan merampas 18.49 juta batang rokok dianggarkan bernilai hampir RM13.87 juta di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Kepala Batas. – Getaran, 27 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Gaduh Awal Pagi, Warga Indonesia Maut

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Lelaki Tikam Ibu Dengan Gunting Direman 7 Hari

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kediaman Keluarga Zayn Rayyan Jadi Tumpuan, Ibu Dibawa Untuk Lakonan Semula

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

Sukan 18 jam yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024

Semasa 1 hari yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Rasuah RM30,000: 2 Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasa Dan Isteri Direman