web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bayar Wang Potong Giliran Vaksin Tidak Benar - Selgate

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2021 5:59PM

Gambar hiasan oleh Syeda Imran

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa giliran slot suntikan vaksin COVID-19 melalui aplikasi SELangkah boleh ‘dipotong’ dengan membayar sejumlah wang disahkan sebagai tidak benar.

Jurucakap Selgate Corporation Sdn Bhd menegaskan, adalah mustahil untuk mana-mana individu berbuat demikian kerana program vaksinasi kerajaan negeri tidak membabitkan sebarang urusan menggunakan wang tunai.

Menurut beliau, isu berkenaan tidak seharusnya timbul kerana program pemvaksinan melalui SELangkah hanya dibuka untuk majikan yang mahu membeli vaksin buat pekerja masing-masing.

“Atas faktor ini, adalah mustahil untuk orang awam memperoleh janji temu suntikan vaksin menerusi program berkenaan tanpa melalui majikan mereka,” katanya kepada Getaran hari ini.

Semalam, seorang pengguna Facebook mendakwa, dia berjaya memotong giliran vaksin dengan membuat pembayaran sebanyak RM350 menerusi aplikasi SELangkah.

“Alhamdulillah syukur selesai hari ini kerana mendapat vaksin Sinovac dos pertama. Puas hati kerana dipermudahkan walaupun bayar RM350 pada Apps #SELangkah untuk dapatkan segera vaksin,” dakwa Mohd Rozaime Rozelan di halaman Facebooknya.

Sebelum ini, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mendakwa, ada syarikat swasta bertindak menjual dua dos suntikan vaksin pada harga RM400.

Ia semakin hangat apabila pihak berkuasa berjaya menahan tiga individu di Putrajaya dan Brickfields kerana disyaki terbabit dalam penjualan suntikan berkenaan.

Susulan penangkapan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan orang ramai bahawa bekalan vaksin tulen hanya dibekalkan oleh kerajaan dan sama sekali tidak dibuka untuk jualan.

Menurut KKM, penjualan vaksin COVID-19 oleh pihak ketiga dibimbangi membabitkan bahan tiruan, antaranya larutan air bercampur garam. - Getaran, 28 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 21 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan