web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Lancar Pakej Pemulih Bernilai RM150 Bilion, Suntikan Fiskal RM10 Bilion - Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2021 5:48PM

Perutusan tentang Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi oleh perdana menteri disiarkan di kaca televisyen di bilik berita Petra News hari ini. - Gambar oleh Aliff Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini melancarkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion merangkumi suntikan langsung fiskal sebanyak RM10 bilion bertujuan memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, bantuan itu menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.

“Sejak pandemik COVID-19 melanda negara, kerajaan telah melaksanakan tujuh program bantuan dan pakej rangsangan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM380 bilion.

“Setakat ini, sebanyak lebih RM200 bilion telah disalurkan dan memberi manfaat kepada lebih 20 juta rakyat serta 2.4 juta perniagaan.

“Belanjawan 2021 pula bernilai 322.5 bilion ringgit dan masih berbaki 100 bilion ringgit untuk dibelanjakan sehingga hujung tahun ini,” katanya semasa mengumumkan pakej PEMULIH yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen tempatan, hari ini.

Muhyiddin berkata bagi fokus meneruskan agenda prihatin rakyat, kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai langsung kepada rakyat berjumlah RM10 bilion merangkumi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Menurutnya, semasa pengumuman PEMERKASA Tambahan yang lepas, kerajaan bersetuju untuk memberi bayaran tambahan bagi BPR sehingga RM500 pada bulan Julai dan bayarannya akan dibuat secara berperingkat mulai 29 Jun.

Manakala BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 akan dibayar pada September depan.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, nilai BPR sehingga hujung tahun ini adalah RM4.9 bilion.

Sementara itu, bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021, kerajaan turut mengumumkan pemberian Bantuan Khas COVID-19 atau BKC dengan kadar dan kategori tertentu.

Perdana menteri berkata isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada Ogos, RM500 pada November, dan RM300 pada Disember manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada Ogos dan RM300 pada November.

Isi rumah B40 pula akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember manakala kategori bujang B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 ringgit pada bulan Ogos.

Bagi isi rumah kategori M40 pula, beliau berkata mereka turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada Ogos.

“Secara keseluruhan, pemberian khas BKC ini dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.” katanya.

Kerajaan juga, katanya, akan memberikan diskaun elektrik kepada pengguna domestik dan bukan domestik dengan menanggung kos tambahan sebanyak RM1 bilion.

“Bagi fokus menyokong perniagaan pula, kerajaan akan menyalurkan beberapa bentuk bantuan demi menjamin kelangsungan perniagaan dalam kedua-dua fasa ini.

“Melalui fokus kedua ini, beberapa pendekatan akan ditambah baik antaranya mengurangkan kos tanggungan majikan, menyokong usaha digitalisasi, memberikan kemudahan bantuan kewangan dan insentif percukaian, menyediakan fasiliti pembiayaan dan meneruskan insentif penggajian.

“Pelaksanaan Geran Khas Prihatin atau GKP telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi,” katanya.

Menurutnya, secara keseluruhannya kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM5.1 bilion melalui inisiatif GKP.

Di bawah PEMERKASA Tambahan penerima yang layak telah mendapat bayaran GKP 3.0 sebanyak RM1000 kira-kira dua minggu lepas dan bakal mendapat RM500 lagi pada pertengahan Julai nanti.

Memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha PKS mikro pada masa ini, Muhyiddin turut mengumumkan kerajaan bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0 kepada penerima yang layak iaitu sebanyak RM500 ringgit akan dibayar pada September dan RM500 lagi pada November 2021. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 21 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan