web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


ESSCom Keluar Senarai 20 Penjenayah Dikehendaki

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2021 6:10PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengeluarkan senarai terkini 20 suspek penjenayah rentas sempadan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), di sini, hari ini.

Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, ia termasuk empat suspek terbaharu iaitu pasangan adik beradik Tista dan Ahadin Hussein, Ellam Sajirin @ Nasirin serta Ismuran Jirah.

“Dua pasangan adik beradik itu terbabit dalam insiden penculikan warga Indonesia pada 23 September 2019.

“Dalam kejadian itu, Tista mengetuai penculikan tersebut, manakala adiknya Ahadin bertindak sebagai pengikut,” katanya.

Kejadian itu turut disertai Ellam dan Ismuran yang membantu mengawasi mangsa penculikan mereka.

Sementara itu, 16 individu lain yang tersenarai adalah Al Munjir Yadah, Salip Mura, Ben Tatoh Quirino, Marajan @ Manajan Asiri, Sangbas Parisko, Hamsan Pakkan @ Black Cobra, Sabri Madrasul @ Salip Jul, Basaron Arok.

Mujimar Sawadjaan @ Rasad, Jul @ Jul Hasan, Jul Aksan Abdurajan @ Halimaw, Tampi @ Bunju, Halipa, Haibin Mubin @ Apo Kuhambo, Hadji Wahad @ Talib dan Barah Uddong @ Alvin.

Sebelum ini, ESSCom mengeluarkan 21 senarai penjenayah dikehendaki, namun, lima daripada mereka berjaya ‘dibersihkan’ termasuk empat individu yang ditembak mati dalam kejadian di Taman Sri Arjuna, Beaufort pada 17 Mei lalu.

Lima penjenayah terbabit adalah Apo Mike @ Majan Sahidjuan, Raden Abuh, Long Sahirin, Mundi Sawadjaan dan Japs Sawadjaan @ Mujafar Sawadjaan. - Getaran, 28 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 21 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan