web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dos Lengkap Vaksin COVID-19, Pemangkin Pelajar Hadiri Kelas Secara Bersemuka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 8:46AM

Seorang pelajar mendapatkan suntikan vaksin kedua dalam program 'outreach' Bugaya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Kejayaan melengkapkan dos suntikan vaksin COVID-19 nyata menjadi pemangkin sekumpulan pelajar di sini untuk menghadiri kelas secara bersemuka, sebaik sesi persekolahan atau pengajian kembali dibuka.

Kepentingan melindungi diri daripada bahaya virus maut itu dijadikan pendorong untuk mereka mendapatkan vaksin berkenaan pada kadar segera walaupun perlu menempuh pelbagai kesukaran.

Siti Alma Sani
Siti Alma Sani

Calon Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM) Siti Alma Sani, 19, lebih bersedia menghadiri kelas bersemuka di sekolah selepas berjaya melengkapkan kedua-dua dos kedua vaksin di Sekolah Kebangsaan Bugaya, di sini.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bugaya itu, dia teruja untuk hadir ke sekolah sebelum menduduki peperiksaan STPM yang dijangka berlangsung Oktober ini.

"Itu memang harapan saya bersama rakan-rakan yang lain agar dapat menghadiri kelas secara bersemuka sebelum peperiksaan berlangsung.

"Dengan adanya suntikan lengkap vaksin ini, ia membolehkan keselamatan kami lebih terjamin, sekali gus mengurangkan risiko jangkitan COVID-19," katanya kepada Getaran ketika ditemui.

Nur Asmah Sani
Nur Asmah Sani

Perkara itu dipersetujui kakaknya Nur Asmah Sani, 23, pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang turut berjaya melengkapkan vaksinasi hari ini.

"Sudah tentu ia memberi sinar kepada kami sebagai pelajar untuk kembali semula menuntut ilmu seperti sedia kala.

"Pada masa sama, saya melihat vaksinasi ini juga membantu pelajar tahun akhir seperti kami melakukan persiapan awal sebelum menempuh alam pekerjaan," katanya.

Menurut Nur Asmah, pengambilan dos lengkap vaksin akan memudahkan pelajar sepertinya untuk keluar mencari kerja, termasuk menghadiri temuduga sebaik menamatkan pengajian kelak.

Ibnu Jaani
Ibnu Jaani

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Semporna, Ibnu Jaani berkata, pihaknya bersedia menyerahkan nama semua 1,970 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 558 calon STPM tahun ini kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Semporna untuk diberi keutamaan menerima vaksin, selaras dengan pengumuman kerajaan Persekutuan, baru-baru ini.

"Kami juga akan memanggil ibu bapa dan penjaga calon untuk memberi penerangan mengenai kepentingan pengambilan suntikan vaksin ini.

"Menerusi kerjasama semua pihak, sudah tentu ia dapat menjamin keselamatan calon SPM dan STPM sepanjang mengikuti pembelajaran bersemuka serta menduduki peperiksaan, jika mereka berjaya melengkapkan dos masing-masing,” katanya. – Getaran, 29 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 22 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan