web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bank Tidak Kenakan Faedah Terkompaun, Caj Lewat Bayar Moratorium - Tengku Zafrul

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 5:00PM

Tengku Zafrul - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bank-bank tidak akan mengenakan faedah terkompaun dan caj penalti lewat bayaran bagi moratorium enam bulan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

 Ketika menegaskannya, beliau berkata kerajaan membangkitkan perkara itu dan telah mendapat persetujuan bank-bank dalam pertemuan mereka baru-baru ini.

“Buat laporan serta aduan sekiranya pihak bank bertindak menaikkan faedah terkompaun serta caj penalti (ke atas moratorium itu),” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan moratorium enam bulan yang diberikan kepada semua peminjam individu yang melibatkan semua peringkat pendapatan.

Mengulas selanjutnya, Tengku Zafrul turut mengingatkan para peminjam yang berhasrat memohon moratorium itu agar menghubungi bank masing-masing berhubung kaedah bayaran balik berkaitan.

“Setiap bank mempunyai skim berbeza dan anda (peminjam) perlu membincangkan perkara ini dengan bank masing-masing,” katanya.

Beliau juga menyifatkan moratorium di bawah PEMULIH itu dapat membantu kalangan peminjam individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menguruskan aliran mudah tunai ketika tempoh mencabar pada masa ini.

“Kita telah nasihatkan bank-bank untuk terus memberi kelulusan automatik kepada mereka yang terkesan, termasuk daripada kalangan kategori B40, M40 dan T20,” katanya.

Selain itu, Tengku Zafrul juga optimis bahawa sistem kewangan domestik mampu menangani impak susulan langkah penangguhan bayaran balik pinjaman tersebut.

“Berdasarkan perbincangan saya dengan (wakil) bank-bank, mereka juga turut terkesan...namun saya menganggapnya (moratorium) adalah langkah yang diperlukan bagi menyokong keperluan rakyat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 8 bulan yang lalu

AFC2023: Penalti Bantu Iran Atasi Syria

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Sudah Dilarang, Tapi Masih Ada Yang Tunaikan eMADANI

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kenaikan Caj Klinik Kesihatan Kerajaan Mesej Palsu - KKM

4

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Bank Disaran Terus Bantu Individu Dan PKS Yang Memerlukan - PM Anwar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 23 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan