web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sudah Dilarang, Tapi Masih Ada Yang Tunaikan eMADANI

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2023 10:11AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun telah dinyatakan dengan jelas, kegiatan menukar pemberian eMADANI kepada wang tunai masih berlaku.

Menerusi pendedahan di X, pempengaruh  CikyAnie atau @lady_bugg11 berkata, ada individu dikesan menawarkan khidmat seumpama itu.

Berkongsi tangkap layar sebuah akaun Facebook, beliau memberitahu, wanita tersebut dipercayai sudah ‘membantu’ beberapa penerima lain untuk menukar pemberian berkenaan kepada wang tunai.

“Service apa ni? Kerajaan suruh belajar guna QRPAY ko (kau) jadikan cash dengan bayar upah kat dia. Banyak mana yang dia ambik untuk servis tu aku tak pasti,” katanya, berang.

Kementerian Kewangan (MoF) semalam menerusi kenyataan memaklumkan, orang ramai perlu berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penebusan tunai atau pemindahan peer-to-peer kredit eMADANI oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

Jurucakap kementerian berkata, Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan, sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.

“MoF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai.

"Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes melibatkan pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai,” kata jurucakap itu.

Program eMADANI bertujuan menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Justeru, kredit eMADANI tidak boleh digunakan antaranya bagi pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai.

Ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch 'n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit/perniagaan di seluruh negara.

Pendaftaran program eMADANI dibuka bermula semalam sehingga 20 Februari tahun depan, dan akan memanfaatkan 10 juta rakyat Malaysia dewasa yang layak meliputi golongan B40 dan M40. - Getaran, 5 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

eMADANI: 6.5 Juta Permohonan Lulus, RM650 Juta Sudah Dikreditkan

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Orang Ramai Harap Pemberian eMADANI Diteruskan, Syarat Penggunaan Dilonggar

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Pendaftaran, Tuntutan Kredit eMADANI RM100 Bermula Isnin Ini - PM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Tawaran Rebat Tunai Sehingga 35 Peratus Galak Penerbit Luar Jalani Penggambaran Di Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad