web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keluarga Anak Tertukar Lantik Peguam Untuk Ambil Tindakan Undang-Undang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 7:49AM

Noratirah Husin, 20, (kiri), Adryana Iwani Ibeni Yanin, 20, (tengah) dan Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, tertukar keluarga sejak lahir 20 tahun lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua keluarga yang tiga anak mereka tertukar sejak lahir 20 tahun lepas, dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan, telah melantik barisan peguam untuk menasihati dan mengambil tindakan undang-undang yang perlu.

Jurucakap bagi pihak Tetuan Sam Masri & Associates, Tetuan Khairul Naim Rafidi, Tetuan Azam Rashid & Co serta Tetuan Mohd Nasir & Co, peguam Samry Masri berkata barisan peguam itu dilantik pada November tahun lepas.

“Kejadian yang berlaku telah menyebabkan kesengsaraan dan penderitaan kepada anak guam kami dan dua keluarga mereka.

“Lantaran itu kami akan sedaya upaya memastikan keadilan dapat terlaksana sebaiknya,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama malam tadi.

Beliau berkata pihaknya telah menulis surat kepada pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan kerjasama pihak hospital itu untuk membekalkan rekod-rekod kelahiran dan perubatan yang berkenaan.

Pada masa sama katanya pihak barisan peguam juga menyambut baik kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin dan Pengarah Hospital HRPZ II Datuk Dr Selasawati Ghazali yang akan menyiasat perkara itu dan akan mengesan dokumen serta petugas terlibat.

“Kami juga menghargai kenyataan serta pandangan yang diberikan oleh Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad, pakar psikologi, serta pihak-pihak lain yang simpati dengan nasib anak guam kami serta kedua-dua keluarga mereka,” katanya.

Bernama sebelum ini melaporkan tentang dua keluarga yang mengharungi kisah tragis apabila tiga bayi perempuan termasuk sepasang kembar, tertukar selepas dilahirkan 20 tahun lepas.

Kejadian itu disedari selepas ketiga-tiga mereka, Adryani Iwani, ‘kembarnya’ Adryana Irwani, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin,  menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada September tahun lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 minggu yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 7

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Cuba Memotong Tetapi Gagal, Kembar Maut Terlanggar Van

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tuntutan Sulu Bayar Segera Lebih AS$16 Bilion Melampau, Prosiding Kes Masih Berjalan - AGC

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 23 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad