web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sesuka Hati Ubah SOP, Kerajaan Negeri Seperti Badut - Rina Jainal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 8:57PM

Rina Jainal (kanan) menziarahi penduduk di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Perubahan prosedur operasi standard (SOP) yang tidak konsisten membuatkan kerajaan negeri Sabah khususnya Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kritikan pedas pelbagai pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal berkata, ia menggambarkan kerajaan negeri seperti badut dan tidak berpendirian dalam menentukan SOP ketika berdepan pandemik COVID-19.

Menurut beliau, penduduk Tawau dan Kalabakan sering berdepan kekeliruan apabila beberapa arahan berhubung SOP mengalami perubahan dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

"Semalam, rakyat seluruh Sabah pula mengalami perkara sama khususnya berkaitan dine-in di premis makanan.

“Pengumuman itu sememangnya dinantikan rakyat yang semakin terhimpit akibat kehilangan sumber pendapatan tetapi semalam, rakyat dimaklumkan pula bahawa mereka tertakluk kepada SOP lama dan dine-in masih tidak dibenarkan,” katanya.

Rina berkata, keadaan semakin meruncing apabila Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, kerajaan negeri tidak boleh sesuka hati melonggarkan SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

"Perkara itu dikuatkan lagi dengan kenyataan media Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, yang menegaskan bahawa Sabah sedang menunggu pewartaan dari MKN Pusat.

"Maknanya pengumuman Ketua Menteri sebelum itu hanya satu pengumuman yang sia-sia," katanya.

Terdahulu, kerajaan negeri Sabah dikritik hebat selepas berlaku percanggahan antara pengumuman Hajiji dalam Pelan Pemulihan Negara - Fasa Satu Bagi Negeri Sabah dengan pelaksanaan di peringkat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan MKN.

Walaupun menurut Hajiji pelan pemulihan itu bermula semalam, PKOB di peringkat daerah tetap melarang aktiviti dine-in dilakukan. – Getaran, 30 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan