web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kehabisan Makanan, Ibu 8 Anak Tebal Muka Gantung Baju Putih

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 1:09PM

Nora Maslina Nazir, 45, yang menggantung baju putih di hadapan rumahnya bersama anak-anak di Kampung Pasir Tumboh, di sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Sepasang suami isteri terpaksa membuang perasaan malu dan menggantung baju putih di hadapan rumah sejak semalam, selepas hampir terputus bekalan makanan.

Suri rumah, Nora Maslina Nazir, 45, berkata, dia dan suami, Shuhaimi Idris, 51, mengambil keputusan menggantung baju putih di hadapan rumah mereka di Kampung Pasir Tumboh di sini, demi lapan anak yang berusia antara dua hingga 16 tahun.

Katanya, dia juga menjaga tiga anak saudaranya yang yatim piatu, berusia antara 16 hingga 21 tahun.

“Rumah kami hampir terputus bekalan makanan dan hanya mampu bertahan untuk beberapa hari sahaja lagi dan sebelum itu, rakan mencadangkan supaya saya menggantung bendera putih kerana dia tahu kesusahan kehidupan kami selepas suami yang kerja buruh tidak dapat bekerja lebih dua bulan lalu.

“Saya berbincang dengan suami untuk berbuat demikian, namun di rumah kami tiada bendera putih dan hanya ada baju putih. Kami menaikkan baju putih itu jam 3 petang semalam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Nora Maslina bersama anak-anaknya.
Nora Maslina bersama anak-anaknya.

Tindakan Nora Maslina meletakkan baju putih di hadapan rumahnya tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sehingga mendapat simpati ramai.

Nora Maslina berkata, tindakan itu dibuat bagi meminta bantuan daripada orang sekeliling dan dia bersyukur kerana ramai yang tampil membantu dengan menghulurkan sumbangan berbentuk bekalan makanan serta wang tunai, sejam selepas baju putih itu dinaikkan.

“Bekalan makanan di rumah hampir putus kerana suami yang sebelum ini bekerja sebagai buruh tidak dapat bekerja sejak lebih dua bulan lalu. Jika sebelum ini pendapatan suami hampir RM1,000 sebulan dan mampu menampung perbelanjaan harian.

“Kami juga makan nasi berlaukkan telur dan kicap sahaja, jarang-jarang membeli ikan. Hendak beli ayam pun kami tidak mampu. Dalam hal ini saya bersyukur kerana anak-anak tidak pernah merungut walaupun hidup susah dan mereka makan apa sahaja yang ada di dapur,” katanya.

Jelasnya, dia bercadang meletakkan baju putih itu sehingga bekalan makanan di rumahnya cukup untuk beberapa hari.

Wanita itu juga bersyukur kerana tinggal di rumah pusaka peninggalan kedua ibu bapa dan tidak perlu menyewa. - Getaran, 1 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan