web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Jangan buat kerja bodoh’: Kedah Tak Iktiraf Kempen Bendera Putih - MB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 4:23PM

Muhammad Sanusi (tengah) meneliti bantuan disampaikan kepada golongan yang terlibat dengan PKPD di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) di Kulim, hari ni.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULIM - Kerajaan negeri Kedah sama sekali tidak mengiktiraf kempen menaikkan bendera putih sebagai tanda memerlukan bantuan seperti yang tular di media sosial ketika ini.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tindakan menaikkan bendera putih hanyalah propaganda politik semata-mata, bagi membina persepsi bahawa kerajaan sedia ada gagal dalam menguruskan pandemik COVID-19.

Menurutnya, ketika ini masih banyak saluran rasmi termasuk Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta Pusat Khidmat Wakil Rakyat yang boleh memberikan bantuan kepada golongan memerlukan tanpa perlu berbuat demikian.

“Sebenarnya kerajaan sedang berjaya mengatasi masalah pandemik ini dengan baik. Oleh kerana pihak tertentu cemburu dan mahu menunjukkan kegagalan kerajaan, mereka suruh orang naikkan bendera putih.

“Saya nampak ada wakil rakyat pembangkang tolong naikkan bendera putih di rumah orang. Saya kata itu bukan kerja wakil rakyat tetapi itu kerja orang gila.

“Jangan buat kerja bodoh sebaliknya buat kerja bagi cerdik. Kita ada saluran rasmi yang membolehkan orang ramai menerima bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Politikenik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Jawatankuasa Pembasmi Kemiskinan, Datuk Siti Ashah Ghazali serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Jawatankuasa Kebajikan negeri, Halimaton Shaadiah Saad.

Muhammad Sanusi menambah, nombor telefon setiap PKOB dan pusat khidmat rakyat telah sedia diedarkan di seluruh negara termasuk melalui media sosial.

“Sekarang ini kita ada kemudahan telefon, WhatsApp dan Facebook. Cuma angkat telefon dan kita akan hantar bantuan tanpa perlu mereka angkat bendera putih.

“Kerajaan negeri akan bantu walaupun tanpa bendera dalam apa-apa warna sekali pun. Sama ada biru, merah, hijau, kuning atau tak ada warna pun kita akan bantu dan itu merupakan azam saya,” katanya.

Katanya, tindakan menaikkan bendera putih hanya membawa dua pengertian, dengan satu daripadanya adalah petanda tewas dalam perang.

“Keduanya apabila petinju tak mampu lagi menumbuk, maka jurulatihnya akan melempar tuala putih di gelanggang. Kedua-duanya membawa tanda kekalahan.

“Jadi takkanlah kalah dah. Lawanlah lagi dan janganlah kalah awal sangat,” katanya. - Getaran 1 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi