web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penghantar Makanan Peroleh Keputusan Cemerlang STPM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 12:34PM

Izzuddin Amirrudin berkongsi kegembiraan sambil menunjukkan keputusan cemerlang STPM 2020 yang diumumkan semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seorang penghantar makanan sambilan tidak menyangka memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia  (STPM), semalam.

Muhammad Izzuddin Amirrudin, 20, yang memulakan khidmat sebagai penghantar makanan GrabFood dua bulan lepas berkata keputusan tersebut disemak secara dalam talian ketika dia sedang menunggu pesanan makanan pelanggan di restoran.

Bercita-cita menjadi seorang peguam untuk berkhidmat kepada masyarakat, Muhammad Izzudin berkata dia berhasrat mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya (UM).

“Saya terkejut dan sangat gembira selepas mengetahui memperoleh 4A dengan PNGK 4.00 dan sangat bersyukur kerana usaha dan pengorbanan selama ini akhirnya membuahkan hasil.

“Ibu bapa sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada saya untuk menghadapi peperiksaan terutama ketika negara kini dilanda pandemik COVID-19. Tidak lupa juga kepada jasa guru-guru yang selama ini tanpa lelah mengajar dan berkongsi ilmu kepada saya dan rakan-rakan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Forest Heights itu berkata Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) adalah antara cabaran perlu dilalui kerana dia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri belajar tanpa bersemuka dengan guru-guru dan rakan-rakan lain.

“Capaian internet lemah juga menyukarkan PdPR. Ada masa saya rasa patah semangat tetapi sokongan daripada ibu bapa menyuntik kembali semangat untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran,” katanya.

Anak kedua daripada enam beradik itu berkata antara resipi kejayaan cemerlang dalam STPM adalah rajin mengulang kaji di samping rajin membaca nota tambahan dengan melakukan penyelidikan di Internet serta memperuntukkan antara dua hingga tiga jam sehari bagi mengulang kaji pelajaran.

Berkongsi pengalaman sebagai penghantar makanan, Muhammad Izzuddin berkata ia banyak mengajar dirinya untuk mengenal masyarakat dengan pelbagai ragam dan mempersiapkan diri menjadi seorang yang lebih matang.

Katanya, bekerja sambilan sebagai penghantar makanan juga mendidik menjadi seorang yang amanah serta dapat memperkuat dirinya dari aspek mental dan fizikal kerana situasi kerja yang tanpa mengira keadaan hujan atau panas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Laju Sangat Abang Rider Pun...

2

Video & Galeri 10 bulan yang lalu

Pemandu Motosikal Atau Kereta Yang Salah...

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes Gaduh Penghantar Barang, Pengawal Keselamatan Selesai

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Akaun Rider Grab Digantung Aktif Semula, Matkibot Ucap Terima Kasih

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan