web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Individu Dakwa Dikompaun Hantar Bantuan Tidak Benar - PDRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2021 11:32AM

Omar Bakhtiar Yaacob - Gambar dari Facebook Polis Daerah Kuala Kangsar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KANGSAR - Polis menafikan mengeluarkan kompaun kepada individu yang menghantar bantuan di daerah Kuala Kangsar seperti dakwaan seorang pemanggil di sebuah radio tempatan.

Rakaman panggilan telefon berkenaan viral sejak semalam, apabila mendakwa seorang individu dikompaun Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar atas kesalahan menghantar bantuan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner (ACP) Omar Bakhtiar Yaacob berkata, dakwaan berkenaan sama sekali tidak benar dan IPD Kuala Kangsar tidak pernah mengeluarkan kompaun seperti didakwa.

“Tiada kompaun dikeluarkan kepada orang ramai atas alasan menghantar bantuan.

“Semakan mendapati IPD Kuala Kangsar hanya mengeluarkan kompaun terhadap kesalahan-kesalahan berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu mengikut Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 serta undang-undang yang sedang berkuatkuasa,” katanya  di sini hari ini.

Omar Baktiar berkata, pihaknya percaya video viral itu berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati individu terbabit kerana dikompaun atas kesalahan melanggar SOP yang ditetapkan selepas selesai menghantar bantuan.

Katanya, kompaun berkenaan bukan atas kesalahan menghantar bantuan seperti diviralkan sebaliknya kesalahan pelanggaran SOP dan siasatan lanjut sudah dijalankan.

“Orang ramai supaya tidak menyebar sebarang berita yang tidak sahih menerusi media sosial kerana ia menjadi kesalahan mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. - Getaran, 3 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

2

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan