web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ketua Polis Putrajaya Nafi Terlibat Penganjuran Majlis Langgar SOP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2021 8:02AM

Mohd Fadzil Ali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali menafikan dakwaan di media sosial, kononnya beliau terlibat dengan penganjuran sebuah majlis yang diadakan di kawasan perumahan di Presint 8 di sini, hari ini.

Beliau berkata, dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan majlis itu adalah tidak benar, dan pemilik rumah berkenaan telah dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya mengesahkan memang ada majlis seperti yang ditularkan itu, namun ia tidak ada kena mengena dengan saya seperti didakwa,” katanya kepada Bernama.

Mohd Fadzil berkata, siasatan mendapati pemilik rumah itu hari ini telah mengadakan majlis doa selamat yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

“Saya telah hadir di rumah itu lebih awal selepas menerima laporan mengenai penganjuran majlis itu, dan telah mengarahkan anggota untuk mengeluarkan kompaun terhadap tuan rumah kerana melanggar SOP PKP,” katanya.

Hari ini, sekeping gambar yang memaparkan sebuah rumah di Presint 8 di sini, mengadakan majlis yang dihadiri lebih 10 individu tular di laman sosial, selain ia mendakwa pemilik rumah itu mempunyai kaitan dengan Mohd Fadzil. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki