web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ribut Landa Bandar Tawau, Kediaman Penduduk Musnah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 8:35AM

Ribut yang melanda di bandar Tawau mengakibatkan pokok tumbang dan kediaman penduduk mengalami kemusnahan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU- Beberapa pokok dan kediaman penduduk, di sini, musnah akibat dilanda ribut dan hujan lebat yang berlaku sehingga awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11 malam Ahad itu, angin kuat dan hujan mula melanda beberapa penempatan penduduk sehingga jam 1 pagi.

Ribut menyebabkan pokok tumbang, sekali gus menutup laluan.
Ribut menyebabkan pokok tumbang, sekali gus menutup laluan.

Tinjauan Getaran sekitar bandar ini mendapati, beberapa batang pokok tumbang dan patah di bahagian dahan sehingga mengakibatkan beberapa kerosakan lain, termasuk pagar serta mengganggu pergerakan lalu lintas.

Kerosakan turut dikesan di perkarangan Mahkamah Tawau selepas dahan pokok patah, sehingga menutup laluan di situ.

Insiden berkenaan juga merosakkan papan tanda gergasi sekitar lampu isyarat Batu 1 dan bulatan berhampiran Masjid Al-Kauthar di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Tawau, Zulbada Alior berkata, pihaknya menerima tiga panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut.

"Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau menerima panggilan kecemasan mengenai sebuah kediaman penduduk atas air di Kampung Sri Aman, Batu 3 ½ yang roboh akibat dilanda ribut.

"Sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi sebelum mendapati seorang lelaki terperangkap di bahagian bumbung rumah yang telah rosak dan terpisah dari titi kayu," katanya.

Kerja menyelamat dilakukan dan operasi tamat sepenuhnya jam 12.50 tengah malam semalam.

Tambah Zulbada pihaknya turut menerima dua aduan kejadian pokok tumbang dan menimpa dua rumah penduduk di Tanjung Batu Tengah serta Jalan Dunlop.

"Sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan pihak kami masih menilai jumlah kerugian yang ditanggung mangsa," katanya. -Getaran, 6 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad